Setiap pemain dalam pasukan bola sepak nasional boleh menerima ganjaran wang sehingga $40,000 selepas Singapura melayakkan diri ke Piala Asia 2027.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah memperuntuk dua set bonus bagi pemain.
Yang pertama ialah bonus untuk memenangi perlawanan, iaitu sekitar $6,000 bagi setiap pemain yang diturunkan, tanpa mengambil kira masa permainan. Pemain lain difahami menerima kurang separuh daripada jumlah ini.
Bonus lebih besar ialah untuk melayakkan diri ke Piala Asia, di mana seseorang pemain boleh menerima sehingga $40,000, bergantung pada tahap penglibatan seeorang pemain itu.Ini bermakna nilai bonus yang diketepikan boleh mencecah sekitar $1 juta.
Dalam pada itu, pasukan yang melayakkan diri ke Piala Asia juga dijangka menerima ganjaran wang daripada penganjur.
Di Piala Asia terakhir pada 2023, setiap pasukan menerima AS$200,000 ($260,000), dengan juara, Qatar, menerima AS$5 juta.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg