Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa catat sejarah, layak ke Piala Asia

Nov 18, 2025 | 10:10 PM
Penyerang Singa, Ilhan Fandi (kanan) meraikan gol kemenangan beliau menentang Hong Kong dalam perlawanan kelayakan Piala Asia pada 18 November di Stadium Kai Tak. Jaringan beliau menghantar Singa ke Piala Asia Arab Saudi 2027.
Penyerang Singa, Ilhan Fandi (kanan) meraikan gol kemenangan beliau menentang Hong Kong dalam perlawanan kelayakan Piala Asia pada 18 November di Stadium Kai Tak. Jaringan beliau menghantar Singa ke Piala Asia Arab Saudi 2027. - Foto FAS

Singapura berjaya menempah tiket ke Piala Asia di Arab Saudi pada 2027.

Pasukan Singa bimbingan Gavin Lee mencatat sejarah buat kali pertama setelah menewaskan Hong Kong 2-1 di Stadium Kai Tak Sports Park pada 18 November.

Jaringan Shawal Anuar dan gol kemenangan oleh Ilhan Fandi cukup untuk mencetuskan sorakan gemuruh daripada peminat Singapura di Stadium Kai Tak walaupun stadium tersebut dibanjiri penyokong Hong Kong.

Keinginan kededua pasukan untuk memenangi perlawanan itu jelas kelihatan apabila mereka seakan-akan mengabaikan aspek pertahanan, sekali gus mendedahkan diri kepada serangan balas pihak lawan.

Dalam suasana saling berbalas serangan hebat, Hong Kong yang berjaya menjaringkan gol pembukaan dahulu pada minit ke-14.

Hantaran lintang daripada pemain pemain sayap, Everton Camargo disambar kemas oleh penyerang Matt Orr dengan tandukan padu yang menewaskan penjaga gol Singa Izwan Mahbud.

Singa cuba sedaya upaya untuk membalas, namun tidak berjaya untuk menemui gol penyamaan dan separuh masa pertama berakhir 1-0 memihak Hong Kong.

Permulaan separuh masa kedua menyaksikan aksi yang lebih rancak dipamerkan, terutamanya oleh pasukan Singa dalam misi memburu gol penyamaan.

Tekanan hebat Singapura akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Shawal Anuar pada minit ke-63.

Gol tersebut terhasil selepas pemain gantian Ilhan Fandi melakukan umpanan bola kemas kepada Shawal, yang kemudiannya menyempurnakan peluang tersebut.

Kurang lima minit kemudian, Singapura berjaya merampas kelebihan dengan gol kedua, kini hasil jaringan Ilhan, yang bijak mencipta ruang untuk melepaskan rembatan yang meletakkan pasukan di hadapan, 2-1.

Singa berjaya bertahan dan perlawanan berakhir 2-1.

Kemenangan tersebut bermakna bahawa Singa sudah layak ke Piala Asia 2027 dengan baki satu perlawanan – menentang Bangladesh di Stadium Negara pada Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg