Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kematian pemilik Leicester: Kerosakan mekanikal punca nahas helikopter

Sep 06, 2023 | 11:29 AM



LONDON: Satu kerosakan mekanikal, bukan kesilapan juruterbang, merupakan punca di sebalik kejadian helikopter terhempas yang membunuh pemilik Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, seorang warga Thailand dan empat yang lain pada 2018, kata penyiasat pada Rabu.


Sedang helikopter berpusing di luar kawalan, satu teriakan “Hei, hei, hei!” dipekik dari kabin belakang, tempat pemilik kelab bola sepak itu dan dua kakitangannya sedang duduk, kata satu laporan rasmi mengenai kejadian tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata juruterbang Eric Swaffer, 53 tahun, memekik balik sebelum helikopter jenis Leonardo AW169 itu terhempas dari ketinggian sekitar 130 meter lalu terbakar.

Vichai, dua anggota kakitangannya, Nursara Suknamai, dan Kaveporn Punpare, Swaffer serta pasangannya Izabela Roza Lechowicz, yang merupakan seorang juruterbang profesional, kesemua terkorban.

Kemalangan itu berlaku sejurus selepas helikopter itu berlepas dari padang Leicester City pada 27 Oktober 2018.

Swaffer yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman “melakukan tindakan paling sesuai” namun tidak dapat mengawal kembali helikopter tersebut, menurut laporan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom (UK).

Ini termasuk menaikkan tuil untuk mengurangkan sudut helikopter tersebut dan meredakan impaknya.

Empat daripada lima penumpang helikopter itu pada mulanya terselamat dalam impak awal kejadian namun meninggal dunia akibat kebakaran yang menyusul kemudian.

“Impaknya... merosakkan bahagian bawah badan helikopter dan tangki minyaknya yang menyebabkan kebocoran minyak yang banyak.

“Dan kebakaran besar berlaku selepas impak itu sehingga mengena bahagian bawah badan helikopter tersebut,” tambah laporan itu.

Kemalangan itu berlaku sekitar sejam selepas satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Leicester City dengan West Ham United di stadium King Power kelab tersebut.

Siasatan mendapati bahawa pedal juruterbang terputus daripada rotor belakang helikopter.

Akibatnya helikopter itu membuat pusingan tajam ke kanan sehingga tidak terkawal.

Kegagalan tersebut menyebabkan helikopter itu berpusing pantas sebanyak lima kali.

Siasatan itu mendapati sistem kawalannya gagal kerana salah satu bearing dalam rotor belakang pecah akibat bebola seramiknya yang sepatutnya bergolek, terus tergelonsor menyusuli tekanan yang terlalu tinggi.


Pemeriksaan ke atas bearing itu hanya diperlukan sekali selepas digunakan selama 400 jam, namun helikopter itu hanya diterbangkan selama 331 jam semasa ia terhempas.


Vichai, 60 tahun, merupakan lelaki kelima terkaya Thailand ketika meninggal dunia.

Beliau meraih harta berbilion dolar menyusuli perniagaan bebas cukai King Power di Thailand.

Beliau membeli Leicester City pada 2010 dengan menyalurkan jutaan dolar kepada pasukan itu dan menjadi individu yang disayangi di kelab serta bandar tersebut.

Di bawah pemilikannya, Leicester menjadi juara Liga Perdana England (EPL) pada 2016. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >