Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kisah Leicester di EPL berakhir dengan air mata?

May 28, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kisah Leicester City adalah antara kisah menakjubkan dalam sejarah bola sepak England.


Hanya semusim selepas dinaikkan ke liga utama England pada musim 2014-2015, kelab tersebut berjaya menjulang piala Liga Perdana England (EPL) dalam musim seterusnya.

Kurang sedekad selepas kejayaan tersebut, Leicester City kini berdepan dengan kemungkinan terkeluar dari liga elit England, dan kembali bermain dalam Liga Kejuaraan.

“Meskipun kejayaan Leicester tidak diduga pada 2015, namun kemerosotan mereka sudah dapat dilihat dalam beberapa musim sebelum ini, terutama musim lepas,” kata bekas legenda Leicester City dan England, Gary Lineker.

Menurut Lineker, Leicester antara kelab yang terjejas teruk oleh Covid-19, dengan pemilik kelab tersebut, yang sebahagian besar perniagaan mereka bergantung kepada sektor penerbangan, perlu mengurangkan pelaburan dan komitmen kewangan mereka.

“Ia memang sesuatu yang dikesali...tiada sesiapa yang dapat menjangkakan pandemik dan kesannya. Seharusnya, tiga tahun lalu ialah tempoh untuk Leicester terus memperkukuh kedudukannya sebagai kelab elit England,” tambah Lineker lagi.

Dalam perlawanan menentang West Ham, dengan dua mata di belakang Everton, Leicester perlukan tiga mata penuh untuk mempunyai peluang terselamat dari perangkap relegasi.

Keputusan seri, dan kekalahan Everton di tangan Bournemouth sekalipun, tidak cukup untuk Leicester kekal dalam Liga Perdana England.

“Memang mencabar dan membingitkan, kerana nasib kita bukan di tangan (kita),” kata pengurus Leicester, Dean Smith.

“Tapi bola sepak adalah permainan yang sukar diramal. Apa juga boleh berlaku. Justeru, kita perlu fokus mencapai matlamat kita sendiri dan berharap pasukan lain akan melakukan tugas mereka,” ujarnya.

West Ham yang telah pun menjamin kedudukan mereka dalam liga utama England, mempunyai perlawanan akhir Liga Conference Europa, dan pengamat berkata pasukan pimpinan David Moyes itu mungkin akan merehatkan beberapa pemain utamanya.

“Tiada lagi yang dipertaruhkan dalam liga bagi West Ham, tapi mereka mempunyai peluang keemasan untuk memenangi piala Eropah.

“Bagi penyokong Leicester, itu sahaja kelebihan yang mungkin mereka boleh harapkan. Motivasi tinggi mereka menentang pasukan West Ham yang motivasi mereka sudah beralih daripada liga kepada Eropah,” kata Lineker.

Meskipun demikian, pemain bintang Leicester, James Maddison, berkata Leicester tidak boleh mengharapkan ihsan West Ham untuk menang.

“Kami tidak boleh memikirkan motivasi mereka,” kata beliau, yang dijangka menjadi antara pemain yang bakal menjadi buruan kelab-kelab elit Eropah.

“Kami hanya perlu fokus kepada motivasi kita sendiri dan melakukan tugas kami sebaik mungkin,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >