Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kembali beraksi: Nadal tersungkur di Terbuka Barcelona

Apr 18, 2024 | 02:39 PM



BARCELONA: Rafael Nadal tersingkir di Terbuka Barcelona – kekalahan pertamanya sejak beliau kembali beraksi secara kompetitif, setelah berehat akibat kecederaan.


Pemain Sepanyol itu tewas 7-5, 6-1 kepada Alex de Minaur dalam pusingan kedua permainan itu.

Nadal, pemain asal Sepanyol, juara perseorangan Grand Slam sebanyak 22 kali, kembali ke gelanggang minggu ini selepas tidak dapat bermain selama tiga bulan.

Beliau menunjukkan persembahan baik tetapi akhirnya tewas kepada pemain pilihan keempat Australia itu yang bekerja keras untuk memenangi perlawanan pada 17 April.

Malah, perlawanan selama satu jam 52 minit itu akhirnya bergantung pada pemain mana yang mempunyai daya fizikal lebih baik, kata de Minaur.

“Pada saya, satu-satunya perkara bagi Rafa di (gelanggang) tanah liat adalah kecergasan fizikal pada tahap kerjayanya kini. Saya cuba membuat rali panjang yang memerlukan (tenaga) fizikal, dan gunakan kecepatan saya sebagai satu kelebihan. Memang tidak mudah untuk mengatasinya,” kata pemain nombor 11 dunia itu.

Peminat tidak sabar untuk melihat Nadal kembali beraksi.

Namun, Nadal menegaskan bahawa beliau mempunyai jangkaan terhad terhadap keupayaannya, selepas beliau kembali beraksi dalam acara gelanggang tanah liat itu, setelah berehat disebabkan kecederaan.

Jangkaan beliau ternyata benar apabila pemain berusia 37 tahun itu tersingkir dalam kelompok pemain 32 terbaik.

Pada 16 April, Nadal menang mudah ke atas pemain Italy, Flavio Cobolli, 6-2, 6-3 dalam masa satu jam 25 minit, walaupun beliau tidak bertanding sejak Januari.

Beliau melihat rankingnya merosot ke tangga ke-644 selepas terpaksa menarik diri daripada semua musim kejohanan 2023 selepas Terbuka Australia.

Namun, kemunculan semula beliau pada awal 2024 terhambat apabila beliau mengalami kecederaan pinggul di Brisbane.

Bagi Nadal, pemenang 12 kali di Barcelona, ​​kemenangannya ke atas Cobolli yang menduduki ranking ke-62 adalah penampilan pertamanya di gelanggang tanah liat sejak beliau memenangi Terbuka Perancis hampir dua tahun lalu.

Namun, beliau tidak mahu terlalu memikirkan tentang kemenangan itu.

Stefanos Tsitsipas, juara Masters Monte Carlo pada minggu lalu, berkata sebelum ini bahawa beliau menjangka Nadal akan mara ke peringkat akhir.

“Memang tidak bijak untuk mengatakan saya adalah (pemain) pilihan. Tsitsipas tahu itu bukan hakikatnya,” kata Nadal, yang berusia 38 tahun pada Jun, sebelum beliau menentang de Minaur.

“Saya faham apa yang beliau katakan adalah satu penghormatan terhadap apa yang saya telah lakukan dalam kejohanan ini. Tetapi semua tahu saya bukan pilihan untuk memenangi kejohanan.

“Saya tidak dapat buat pukulan ‘serve’ yang 100 peratus tanpa masalah. Saya tidak rasa sakit, tetapi saya tidak banyak buat pukulan ‘serve’ yang baik sejak dua bulan lalu. Saya cuba terus (bermain dengan baik) apabila perlu dan jika saya boleh.” – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >