Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terbuka Australia: Kecederaan paksa Nadal tarik diri

Jan 8, 2024 | 1:19 PM
BELUM SEDIA: Rafael Nadal berkata beliau belum bersedia bersaing di tahap maksimum yang diperlukan dalam pertandingan utama.
BELUM SEDIA: Rafael Nadal berkata beliau belum bersedia bersaing di tahap maksimum yang diperlukan dalam pertandingan utama. - Foto REUTERS

MELBOURNE: Rafael Nadal telah menarik diri daripada kejohanan Terbuka Australia bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan pinggul sebelah kiri yang dialaminya.

Juara Grand Slam sebanyak 22 kali itu sebelum ini mengalami kecederaan pinggul yang sama dalam pertandingan itu pada 2023 di Melbourne, dan terpaksa berehat sepanjang musim menyusuli pembedahan yang dilaluinya.

Beliau kembali bermain tenis buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun minggu ini di kejohanan Antarabangsa Brisbane dan berkata bahawa beliau rasa tidak selesa di pinggul yang sama sejurus tewas kepada pemain Australia, Jordan Thompson dalam pusingan suku akhir.

Pada 7 Januari, Nadal mengumumkan di media sosial bahawa doktor di Melbourne telah mengarahkannya supaya menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan kemudian mengesan “otot yang koyak sedikit, bukan pada bahagian yang sama di mana saya mengalami kecederaan dan itu satu berita baik”.

Pemain berusia 37 tahun itu berkata beliau “belum bersedia untuk bersaing di tahap maksimum” yang diperlukan dalam pertandingan utama.

“Saya akan kembali ke Sepanyol untuk bertemu doktor saya, dapatkan rawatan dan berehat,” katanya.

“Saya telah bekerja keras sepanjang tahun 2023 untuk kembali beraksi dan seperti yang sering saya katakan bahawa sasaran saya adalah mencapai tahap terbaik saya dalam tempoh tiga bulan.

“Namun berita sedih pula buat saya kerana saya memang hendak bermain di hadapan penonton Melbourne, namun saya tetap kekal positif.

“Terima kasih semua atas sokongan anda dan jumpa anda nanti,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg