SEGALANYA menunjukkan kemenangan hampir pasti dalam tangan - kelebihan bermain di padang sendiri, mendapat 'Sorakan Kallang' dan menentang pasukan 'paling lemah' Kumpulan D - sekali gus menghidupkan semula peluang Singa melangkah ke peringkat separuh akhir.
Jadi, mungkin ketua jurulatih Singa, Bernd Stange, boleh dimaafkan jika melaungkan kekata berbaur 'angkuh' semasa melahirkan keyakinan melihat anak didiknya mencatatkan kemenangan apabila menentang Myanmar dalam perlawanan kedua kempen Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Negara malam ini.