Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Kenal pasti bakat dari kecil

Anjur ujian kenal pasti pemain nasional FAS dalam pelbagai kumpulan usia untuk budak lelaki dan perempuan
Mar 20, 2023 | 05:30 AM



KENNETH Santa mungkin nama yang asing dalam bola sepak Singapura.



Namun, warga Denmark itu mempunyai misi di sini - untuk menubuhkan sebuah persekitaran bola sepak yang mampan.



Santa, 40 tahun, ialah ketua mengenal pasti bakat di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), iaitu peranan yang kali pertama diwujudkan oleh badan pentadbir bola sepak nasional itu.



Sejak Januari, beliau melakarkan strategi untuk mencungkil bakat pemain muda tempatan yang dapat memanfaatkan pembangunan bola sepak Singapura.



Ini termasuk menganjurkan percubaan mengenal pasti pemain nasional FAS dalam pelbagai kumpulan usia - Bawah 8, 10, 12, 13, 14 dan 15 Tahun untuk budak lelaki dan perempuan - pada Mac.



Percubaan itu, yang merupakan sebahagian projek Unleash the Roar! (UTR), bertujuan mengenal pasti pemain berbakat untuk menyertai kumpulan latihan Pusat Pembangunan FAS/UTR, yang dijangka dilancarkan pada pertengahan 2023.



Ketika ditemui Berita Harian(BH) semasa sesi Bawah 12 Tahun Lelaki di Stadium Jalan Besar (JBS) pada Rabu, Santa berkata percubaan itu adalah cara untuk memastikan semua pemain di Singapura diberikan peluang untuk dipilih dalam skuad nasional.



Sejumlah lebih 1,500 kanak-kanak telah mendaftar untuk mencuba nasib mereka.



Beliau menambah: "Dalam pengalaman saya, apabila anda mempunyai jurulatih pasukan nasional, mereka biasanya fokus pada satu kumpulan usia.



"Tetapi, peranan saya adalah untuk memastikan kami sebenarnya membina sebuah persekitaran (bola sepak) mampan yang mana ia tidak bergantung pada pendapat seseorang saja."



Santa pernah menggalas pelbagai jawatan bola sepak di Arab Saudi, India, Qatar, England dan Denmark.



Antaranya termasuk pencungkil bakat dalam Akademi Aspire dan pasukan nasional di Qatar (2015-17) dan pencungkil bakat Eropah Bawah 23 Tahun kelab Liga Perdana England, Wolverhampton Wanderers FC (2018-19).



Semasa lawatan BH ke sesi percubaan pada petang Rabu, Santa dilihat sibuk mengagihkan kertas 'overview', atau gambaran keseluruhan, kepada barisan jurulatihnya di padang, yang digunakan sebagai rujukan untuk memberi pandangan mereka terhadap tahap kemahiran pemain.



Padang JBS dibahagikan kepada empat di mana peserta antaranya diletakkan dalam kumpulan dan bermain dalam perlawanan 'mini' sambil dinilai oleh jurulatih di tepi padang.



"Jurulatih akan perlu memberi pendapat mereka sendiri mengenai pemain... Saya sedang cuba mendidik mereka dan pertubuhan ini bahawa mencungkil bakat bukan hanya daripada satu pendapat, tetapi juga banyak pendapat lain.



"Saya berharap kami dapat membina sesuatu yang mampan untuk persatuan ini dan masa depan pembangunan bola sepak Singapura," ujar beliau.



Mengenai ciri pemain yang dicari, Santa berkata ia bergantung pada usia pemain.



"Lebih muda usia pemain, lebih banyak anda fokus pada perkara kecil yang menarik perhatian. Lebih muda usia mereka, lebih kurang waktu mereka bermain bola sepak," kongsinya.



Antara ciri itu termasuk keupayaan si cilik untuk sama ada memeriksa bahu mereka sebelum mendapat bola, berlari bersama bola, merembat bola sambil berlari dan membantu rakan sepasukan dalam perlawanan.



Santa juga menekankan bahawa pembangunan dalam bola sepak memakan masa dan memerlukan individu yang tepat untuk usahanya membuahkan hasil.



"Ia perkara biasa untuk mengatakan bahawa anda tidak akan melihat hasil usaha yang dilakukan sehingga 10 tahun akan datang," kata beliau.



"Ramai akan kata kami pernah mencuba cara ini tapi gagal. Untuk saya, ia mungkin gagal pada ketika itu tapi ia tidak bermakna ia tidak langsung akan dapat dilaksanakan.



"Saya juga percaya ia tentang mendapatkan orang yang tepat untuk menggalas tugas ini. Oleh itu, kami perlu orang yang tepat pada masa yang tepat," jelasnya lagi.



Santa enggan mendedahkan tempoh kontraknya bersama FAS.



Bagaimanapun, beliau menambah bahawa landskap bola sepak di Singapura sudah bersedia untuk bergerak ke depan.



"Harapan saya adalah untuk kita harus menjadi lebih baik daripada semalam. Kami yang datang ke tempat kerja dan pemain yang masuk ke padang setiap hari mesti mempunyai matlamat untuk berusaha lebih baik dan begitu juga untuk saya," katanya.




"Ia perkara biasa untuk mengatakan bahawa anda tidak akan melihat hasil usaha yang dilakukan sehingga 10 tahun akan datang.
Ramai akan kata kami pernah mencuba cara ini tapi gagal. Untuk saya, ia mungkin gagal pada ketika itu tapi ia tidak bermakna ia tidak langsung akan dapat dilaksanakan.
Saya juga percaya ia tentang mendapatkan orang yang tepat untuk menggalas tugas ini. Oleh itu, kami perlu orang yang tepat pada masa yang tepat."
- Kenneth Santa, ketua mengenal pasti bakat di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >