Terdapat beberapa perkataan khas yang sering digunakan dalam sukan papan selaju.
Ollie
Teknik asas melompat bersama dek papan selaju dari permukaan rata (flatground).
Steeze
Digunakan apabila atlet melaksanakan trick dengan mudah dan penuh bergaya.
Grab
Atlet memegang dek papan selaju sambil mengubah posisi tubuhnya dengan pelbagai gerakan ketika berada di udara.
Grind
Atlet meluncur di bibir cerun, palang besi atau tepi pelbagai rintangan.
Flip
Trick di mana atlet membalik-balikkan dek papan selaju dengan menggunakan pelbagai gerakan kaki.
Gnarly
Biasanya disebut apabila trick yang sungguh hebat dihasilkan.
Regular atau Goofy
Merujuk kepada kedudukan atlet ketika berdiri di atas papan selaju. Posisi regular bermaksud atlet berdiri dengan kaki kiri di hadapan, manakala goofy bermaksud kaki kanan atlet di hadapan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg