Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kenali Pengurus Man U Erik ten Hag

May 02, 2022 | 05:30 AM



"SIAPAKAH Erik ten Hag?". Soalan ini kerap ditanya setiap kali seorang 'muka baru' tiba selepas seorang pengurus Liga Perdana dipecat.



Namun pengurus baru Manchester United ini tidak perlu diperkenalkan. Kini nama beliau semakin hangat dan menjadi salah seorang pengurus yang dihormati di dunia bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Beliau paling diingati dalam kempen Liga Juara-Juara 2019 bersama Ajax apabila skuadnya berjaya mengalahkan Juventus dan Real Madrid dalam laluan mereka ke peringkat separuh akhir pertandingan itu.



Malang, Ten Hag hampir ke final jika Ajax tidak dibolosi gol cemerlang Lucas Moura dari Tottenham di saat-saat akhir dalam perlawanan separuh akhir.



Pengurus dari Belanda itu mempunyai CV yang mengagumkan sepanjang kerjanya. Tetapi adakah beliau akan hadapi cabaran yang lebih besar kali ini mengendalikan kelab The Red Devils?







APAKAH SEJARAH KEJURULATIHAN TEN HAG?



Ten Hag mula-mula mengambil alih kelab Go Ahead Eagles apabila dilantik oleh bekas pemain Arsenal Marc Overmars, yang memiliki saham dalam kelab itu.



Beliau kemudiannya berpindah ke Bayern II dan berkhidmat di Bavaria sedang pengurus Pep Guardiola mengetuai pasukan utama Bayern Munich.



Sementara ramai bekas jurulatih pasukan remaja boleh memberi contoh pemain didikan mereka yang telah berjaya, hasil usaha Ten Hag lebih terhad.



Antara pemain yang dikenali hanyalah Pierre-Emile Hojbjerg, yang beraksi untuk Tottenham sekarang dan Julian Green, pemain dari Amerika Syarikat pertama yang menjaringkan gol bagi Bayern Munich.



Pada 2015, beliau berpindah ke kelab Belanda, Utretch, di mana beliau mengembangkan gayanya sendiri.



Di situlah beliau berkhidmat bersama penyerang Sebastien Haller, menjadikan pemindahan bekas penyerang West Ham ke Ajax itu lebih wajar sekarang kerana Haller kurang cemerlang di Liga Perdana.



Beliau memenangi Anugerah Rinus Michels pada 2016 bersama Utretch - anugerah bagi pengurus terbaik sepanjang musim.



Selepas Ajax tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa 2017 di tangan Manchester United, pengurus ketika itu, Peter Bosz, berpindah ke Borussia Dortmund.



Namun, Ten Hag tidak mendapatkan tugas itu. Sebaliknya, Marcel Kaizer dinaikkan pangkat daripada pasukan Jong Ajax tetapi tidak bertahan hingga Krismas.



Dan sejak itulah Ten Hag dibawa masuk untuk menjadi pengurus baru bagi kelab Belanda itu.



Bersama Ajax, beliau berjaya memenangi dua piala liga Eredivisie dan dua piala KNVB pada 2019 dan 2021.



APAKAH FALSAFAH TEN HAG?



Beliau adalah pengurus yang berasaskan penguasaan bola dan dipengaruhi oleh permainan posisi Pep Guardiola.



Beliau juga sangat minat skuadnya itu untuk mengasak dari depan, seperti mana cara pemain dan pasukan Jerman bermain.



Ten Hag juga terkenal dengan fleksibiliti taktikalnya untuk menggunakan Dusan Tadic sebagai pemain 'false nine' di depan ataupun Haller, yang lebih konvensional sebagai penyerang utama.



"Saya banyak belajar daripada Guardiola. Falsafahnya sangat baik, apa yang dilakukannya di Barcelona, Bayern dan kini bersama Manchester City, dengan gaya menyerang yang menarik itu telah membuat beliau memenangi banyak piala.



"Struktur inilah yang saya cuba laksakan bersama Ajax," kata Ten Hag pada Februari 2019.



Terdapat pengaruh jelas Johan Cruyff daripada seorang lelaki yang kini menguruskan Ajax, manakala pemainnya telah menyebut bagaimana Ten Hag menuntut pasukannya untuk sentiasa menyerang.



Ajax bermain dalam formasi 4-3-3 dan sangat jarang menyimpang dari bentuk permainan itu, dengan bek sayap yang menyerang, pemain sayap yang gemar memotong bahagian dalam dan struktur bahagian tengah yang jelas dan rata.



APAKAH KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEN HAG?



Seorang yang digelar "baik" oleh bekas bos di Bayern Munich, ada tanggapan bahawa Ten Hag bukanlah seorang yang gemar disiplinkan pemainnya. Malah, beliau lebih suka memberi inspirasi kepada pemainnya daripada menimbulkan ketakutan kepada mereka.



"Saya bernasib baik dapat bertemu dengannya di Bayern dan beliau adalah pembantu daripada pasukan kedua. Kami banyak berbual," kata Pep Guardiola mengenai Ten Hag, yang dilaporkan turut menyokongnya untuk jawatan Barcelona kemudiannya.



Sementara ramai bercakap baik tentang Ten Hag dan bola sepaknya menarik dan progresif, masih terdapat tanda tanya mengenai kebolehannya di kelab yang lebih besar.



Lelaki berusia 51 tahun itu masih muda sebagai seorang pengurus. Beliau juga belum pernah menguruskan pemain-pemain berego besar dalam kerjayanya atau mempunyai jangkaan untuk melatih kelab ulung dalam liga yang sangat kompetitif.



Ada pihak yang persoalkan sama ada gaya bola sepak pengurus Belanda itu boleh kelihatan naif tanpa pemain-pemain yang sesuai dan Ten Hag mungkin memerlukan 'batu loncatan' sebelum mengambil tugas di salah satu kelab terbesar dalam bola sepak Eropah.



Peliknya, tiada kelab yang ingin melamarnya walaupun selepas kisah menakjubkan bersama Ajax pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >