Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool: Kesilapan VAR jejas integriti sukan

Oct 02, 2023 | 06:06 PM



Liverpool berkata “integriti sukan telah terjejas” oleh kesilapan penolong pengadil menggunakan video (VAR) dalam kekalahan 2-1 Liga Perdana kepada Tottenham pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, kelab itu berkata mereka akan “meneroka pelbagai pilihan yang ada memandangkan mereka memerlukan peningkatan dan penyelesaian.”

VAR gagal membetulkan keputusan salah yang dilakukan pengadil. Dalam hal ini, jaringan gol Luis Diaz tidak diambil kira walaupun beliau dikatakan tidak berada dalam zon ofsaid.

Pegawai VAR berhenti bertugas sepanjang hujung minggu.

Lembaga Pegawai Rasmi Profesional Perlawanan (PGMOL) berkata keputusan yang salah itu adalah “kesilapan manusia yang ketara.”

Liverpool berkata penjelasan itu “tidak boleh diterima” dan meminta “ulasan dengan penuh ketelusan.”

PGMOL mengakui bahawa pegawai VAR Darren England dan pembantu Dan Cook gagal bertindak selepas gol Diaz pada minit ke-34 dibatalkan kerana ofsaid di Tottenham.

Imej insiden itu menunjukkan pemain pertahanan Tottenham, Cristian Romero dan Diaz berada dalam kedudukan onsaid dengan jelas.

Gol yang tidak diambil kira berlaku ketika perlawanan itu seri.

Liverpool, atau The Reds bermain dengan 10 pemain selepas Curtis Jones dibuang padang secara kontroversi akibat campur tangan Darren England.


Dalam satu kenyataan, PGMOL menambah: “Pasukan pegawai perlawanan di padang telah membatalkan jaringan gol oleh Luis Diaz kerana ofsaid. Ini adalah kesilapan fakta yang jelas dan VAR sepatutnya membetulkan kesilapan ini, namun, ia gagal.”

Selepas perlawanan, pengurus Liverpool Jurgen Klopp menjelaskan bahawa kekalahan pasukannya merupakan “keadaan yang paling tidak adil” dan “keputusan gila”.

Pada pagi Ahad, PGMOL berkata Darren England telah digantikan sebagai pegawai keempat untuk perlawanan Liga Perdana Ahad antara Nottingham Forest dengan Brentford, manakala Cook telah digantikan sebagai penolong pengadil untuk perlawanan antara Fulham dan Chelsea pada Isnin.

Liverpool kemudian menerbitkan satu kenyataan pada malam Ahad: “Kelab bola sepak Liverpool mengakui pengakuan PGMOL atas kegagalan mereka malam tadi. Jelas sekali bahawa penggunaan undang-undang permainan yang betul tidak diamalkan, menjejaskan integriti sukan.

“Bahawa kegagalan seperti itu telah pun dikategorikan sebagai ‘kesilapan manusia yang ketara’ juga tidak boleh diterima. Mana-mana dan semua keputusan harus diwujudkan hanya melalui ulasan dan dengan ketelusan sepenuhnya.

“Ini penting bagi kehandalan dalam membuat keputusan pada masa depan kerana ia digunakan sebagai pembelajaran bagi kelab lain dalam memperbaiki proses yang memastikan situasi seperti ini tidak berlaku lagi,” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >