Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keputusan mengejutkan pembukaan piala Afrika

Jan 16, 2024 | 11:25 AM



YAMOUSSOUKRO (Ivory Coast): Juara lima kali Cameroon hanya mampu seri dengan Guinea yang bermain dengan 10 pemain sahaja sedang peringkat awal Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) terus menghasilkan keputusan yang mengejutkan.


Guinea yang berada dalam kedudukan ke-80 dunia, kelihatan benar-benar mengancam apabila pemain tengah mereka, Mohamed Bayo melakukan jaringan pada minit ke-10 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Malangnya pasukan itu terpaksa bermain keseluruhan separuh masa kedua dengan hanya 10 pemain selepas Francois Kamano memijak tumit Frank Magri dari Cameroon.

Dan Magri akhirnya menjaringkan gol hasil tandukannya pada minit ke-51 untuk menyamakan kedudukan buat Cameroon.

Cameroon hampir mencapai kemenangan di akhir perlawanan namun penjaga gawang Guinea Ibrahim Kone, memastikan gawangnya tidak dibolosi selepas beliau mematahkan percubaan Karl Toko Ekambi.

Selepas itu Guinea terus bertahan bagi memastikan satu mata milik mereka.

Keputusan seri itu bermakna kededua pasukan menghadapi tekanan untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Dalam Kumpulan C yang sama, Senegal yang merupakan juara bertahan, menang mudah 3-0 ke atas Gambia pada awal 15 Januari.

Pape Gueye menjaringkan gol pertama Senegal hasil hantaran cantik Sadio Mane pada minit keempat.

Gambia mendapat beberapa peluang dalam separuh masa pertama namun gagal menemui sasaran gawang lawan.

Dan peluang untuk membalas menjadi sukar sejurus sebelum masuk waktu rehat separuh masa apabila Ebou Adams dilayang kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Lamine Camara kemudian menjaringkan dua gol pada minit ke-52 dan 86 bagi memastikan pasukannya selesa menduduki tempat teratas Kumpulan C.

Satu lagi keputusan mengejutkan berlaku di Ivory Coast apabila Ghana tewas tipis 1-2 kepada Cape Verde, sementara Mesir yang dibarisi penyerang handalan mereka, Mohamed Salah, hanya mampu seri 2-2 dengan Mozambique. Nigeria pula seri 1-1 dengan Equatorial Guinea.

Cameroon tanpa dua pemain utama mereka semasa bermain di Stadium Charles Konan Banny di Yamoussoukro – kapten dan penyerang mereka, Vincent Aboubakar sedang mengalami kecederaan sementara penjaga gawang, Andre Onana tiba lewat untuk pertandingan itu.

Tuan rumah, Ivory Coast menang mudah 2-0 ke atas Guinea-Bissau dalam perlawanan Kumpulan A yang menyaksikan Ivory Coast menguasai permainan sepanjang 90 minit.

Dalam perlawanan terkini, Algeria juga hanya mampu seri 1-1 dengan Angola.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada 16 Januari itu, Algeria menguasai perlawanan dan mempunyai 16 percubaan berbanding Angola dengan hanya tujuh rembatan ke arah pintu gawang lawan.

Pada 16 Januari, Burkina Faso akan bertemu Mauritania, sementara awal pagi 17 Januari, Tunisia akan berhadapan Namibia sementara Mali akan menentang Afrika Selatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >