Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Keputusan sertai Man Utd selaras aspirasi peribadi: Mount

Jul 05, 2023 | 11:45 AM



LONDON: Mason Mount telah memberitahu para peminat Chelsea bahawa langkah beliau ke Manchester United dianggapnya langkah yang tepat bagi kerjayanya kini.


Pemain antarabangsa England itu mengumumkan demikian kepada para peminatnya dalam satu video di media sosial pada Selasa.

Mount dikhabarkan bersetuju untuk berpindah ke United menyusuli kontrak lima tahun bernilai £55 juta ($94.4 juta), dengan tambahan £5 juta.

Pemain midfield itu menyertai Chelsea pada usia enam tahun, dan beliau menyedari bahawa sesetengah peminat pasukan Chelsea yang juga dikenali dengan gelaran Blues, tidak akan berpuas hati dengan pemindahannya itu.

“Saya telah ambil keputusan untuk meninggalkan Chelsea.

“Saya rasa layak anda terima lebih daripada kenyataan bertulis maka saya ingin beritahu anda secara langsung bahawa saya berterima kasih di atas semua sokongan anda sepanjang 18 tahun lalu.

“Saya tahu sesetengah anda tidak akan gembira dengan keputusan saya, namun ia adalah yang betul buat saya dalam kerjaya saya masa kini,” kata pemain berusia 24 tahun itu lagi.

Mount juga berterima kasih kepada akademi Chelsea, kakitangan di bilik persalinan, rakan-rakan sepasukannya sebelum ini, serta para pengurus sepanjang tempoh beliau bersama kelab itu.

Antaranya termasuk Frank Lampard, Thomas Tuchel dan Graham Potter.

Sebelum ini Chelsea menolak tawaran United dalam tiga bidaan untuk mendapatkan khidmat Mount sebelum kededua pihak akhirnya mencapai satu persetujuan.

Difahamkan Chelsea tidak berminat menjual Mount namun pasukan itu gagal bersetuju berkaitan kontrak baru untuk pemain itu, dengan kontraknya dijangka tamat pada 2024.

Beliau akan menjadi pemain baru buat pengurus United, Erik ten Hag untuk musim panas kali ini sedang pengurus asal Belanda itu mengukuhkan pasukannya menyusuli kelayakan United ke Liga Juara-Juara untuk musim akan datang.

Mount yang telah menjaringkan 33 gol dalam 195 penampilannya buat Chelsea sejak membuat penampilan seniornya pada 2019.

Beliau terlepas perlawanan di akhir musim akibat kecederaan sedang Blues akhirnya menduduki tangga ke-12 – ranking terendah yang diperolehi pasukan itu dalam Liga Perdana England (EPL) sejak lebih 25 tahun lalu.

Mount memenangi Liga Juara-Juara pada 2021 bersama Chelsea dan bermain dalam kesebelasan utama semasa pasukannya menang 1-0 ke atas Manchester City dalam final tersebut.

Beliau juga bersama Chelsea semasa pasukan itu merangkul Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Super Uefa.

Beliau merupakan pemain terkini Chelsea yang akan meninggalkan pasukan itu semasa musim panas kali ini, selepas N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly, Kai Havertz, Ruben Loftus-Cheek dan Mateo Kovacic sudah berpindah keluar daripada kelab tersebut.

Mount telah bermain untuk England sebanyak 36 kali, menjaringkan lima gol dan merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Gareth Southgate itu untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.

Mount bermula di akademi Chelsea sebelum dipinjamkan ke Vitesse pada musim 2017-2018, dan berjaya menjaringkan sembilan gol dalam 29 penampilannya bersama pasukan itu.

Pada musim selanjutnya beliau dipinjamkan pula ke Derby County di mana beliau menjaringkan lapan gol dalam 35 perlawanan Kejuaraan di bawah pengurusan Frank Lampard.

Semasa kepulangannya ke Chelsea pada 2019, Mount membuat penampilan pertamanya semasa di bawah kendalian Lampard dan menjadi pemain tonggak di Stamford Bridge.

Pada Jun, Chelsea melantik bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, selaku pengurus baru mereka, menggantikan Lampard yang sebelum ini mengambil alih Graham Potter yang telah dipecat. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >