Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Steven Gerrard kini pengurus Al-Ettifaq

Jul 04, 2023 | 04:05 PM



LONDON: Bekas pemain midfield England dan Liverpool, Steven Gerrard, telah dinamakan selaku pengurus kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ettifaq.


Pengurus berusia 43 tahun itu berkata pada Jun bahawa beliau telah dipelawa ke negara itu untuk “meninjau potensi tawaran”.

Pada ketika itu Gerrard berkata dirinya tidak akan menerima tawaran tersebut. Terkini, Gerrard telah menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab Saudi itu.

“Kehadiran Gerrard sudah pasti satu tambahan dan lonjakan dalam liga kami,” kata pengerusi kelab itu, Khalid Al-Dabal.

Al-Ettifaq berada di kedudukan ketujuh dalam kalangan 16 pasukan Liga Pro Arab Saudi pada musim lalu, dengan meraih 35 mata. Kelab Al-Ittihad adalah juara liga tersebut pada musim lalu.

Sebelum ini Al-Ettifaq dipimpin Antonio Cazorla.

Gerrard tidak bekerja sejak dipecat selaku pengurus Aston Villa pada Oktober lalu.

Bekas pemain England itu berpindah ke Saudi menyusuli pelaburan besar oleh kelab-kelab Liga Pro Arab Saudi sedang beberapa pemain terkemuka Eropah menyertai bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, di negara Timur Tengah itu.

Sejak liga domestik Saudi terus mengorak langkah dalam pembangunannya, kemasukan bakat asing membuktikan keinginan sebenar liga itu meningkatkan profil serta persaingannya dalam pentas dunia.

Bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema, pemain midfield Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves, dan tiga pemain Chelsea, N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly dan Edouard Mendy, merupakan antara mereka yang telah berpindah ke Saudi.

Pemain Inter Milan, Marcelo Brozovic, pula telah berpindah ke Al-Nassr, dan merupakan pemain Eropah terkini yang berpindah ke sana.

Sementara itu pengurus Fulham, Marco Silva, dilaporkan menolak tawaran untuk melatih pasukan Al-Hilal.

Trend itu menunjukkan hasrat liga tersebut untuk menjadi salah satu daripada lima liga terbaik di dunia.

Ia menyusuli keputusan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) pada Jun – yang kini memiliki Newcastle United – untuk mengambil alih empat kelab terkemuka di negara itu.

Al-Ettifaq bukan salah satu kelab tersebut.

Gerrard bersara daripada bermain bola sepak pada 2016 dan peranannya selaku jurulatih bermula dengan kelab Scotland, Glasgow Rangers.

Beliau mengurus kelab itu pada 2018 dan memimpin kelab tersebut menjulang kejuaraan Liga Perdana Scotlandnya yang pertama – dalam tempoh 10 tahun – pada musim 2020-2021.

Gerrard kemudian menjadi pengurus Aston Villa pada November 2021 namun meninggalkan kelab itu selepas 13 kemenangan daripada 40 perlawanan semasa beliau menjadi pengurus.

Difahamkan Gerrard telah melahirkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain Liverpool, Jordan Henderson, serta pemain Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang, untuk menyertai pasukannya di Saudi itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >