Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ketua pengadil: Keputusan VAR perlawanan City menentang Liverpool tepat

Mar 20, 2024 | 12:45 PM



LONDON: Ketua pengadil, Howard Webb, berkata bahawa keputusan video penolong pengadil (VAR) untuk tidak masuk campur dalam keputusan pengadil perlawanan untuk tidak memberikan Liverpool sepakan penalti lewat dalam perlawanan mereka menentang Manchester City pada 10 Mac, adalah tepat.


Pemain sayap City, Jeremy Doku, mengasari pemain tengah Liverpool, Kevin Mac Allister dengan butnya dalam kotak penalti pada detik-detik akhir perlawanan.

Namun, pengadil perlawanan itu, Michael Oliver, tidak memberikan Liverpool sepakan penalti dan pengadil VAR, Stuart Attwell, bersetuju dengan keputusan itu.

“Paras bola terlalu rendah untuk dimainkan menggunakan kepala. Doku mengangkatkan kakinya untuk mengawal bola dan beliau dapat menyentuh bola tersebut,” kata Webb.

“Dan betul, kami tahu bahawa Mac Allister terkena butnya juga. Mac Allister yang melanggar Doku. Mac Allister juga kelihatan seperti tidak cuba untuk mendapatkan bola. Justeru, saya faham mengapa terdapat pendapat yang berlainan,” tambah beliau.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dan Mac Allister kededuanya berpendapat bahawa mereka sepatutnya diberikan penalti.

“VAR melihatnya dan memutuskan bahawa ia bukan situasi yang jelas ditentukan. Apa yang dilihat agak subjektif dan VAR mengambil keputusan untuk tidak bercampur tangan, dan maklum balas yang kami terima adalah ia memang situasi yang agak subjektif,” jelas Webb.

“Berdasarkan penjelasan ini, VAR membuat keputusan betul untuk tidak campur tangan dalam keputusan ini,” tambah beliau.

Sebelum ini, Webb berkata Liverpool sepatutnya diberi penalti dalam perlawanan 1-1 mereka menentang Arsenal.

Liverpool juga dihadapi dengan keputusan VAR yang salah dalam menentukan bahawa gol Luis Diaz dibatalkan dalam kekalahan 2-1 mereka kepada Tottenham Hotspur.

Kesilapan ini diakui oleh badan induk pengadil, Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Limited (PGMOL).

Keputusan pengadil semasa perlawanan lain juga turut dibincangkan.

West Ham United berasakan mereka telah berjaya menjaringkan gol kemenangan mereka ke atas Aston Villa apabila Tomas Soucek menjaringkan golnya, yang kelihatan seperti ia terkena tangan rakan sepasukannya, Jarrod Bowen sebelum ia dijaringkan.

Pengadil perlawanan, Jarred Gillett, memberikan gol tersebut tetapi pengadil VAR, Tony Harrington, menyarankan gol tersebut sepatutnya dibatalkan akibat terkena tangan Bowen.

Selepas Gillett mengambil lebih daripada lima minit untuk menyemak kejadian tersebut, akhirnya beliau bersetuju bahawa gol tersebut sepatutnya dibatalkan.

Dalam perlawanan sama, hantaran pemain sayap Villa, Leon Bailey, terkena tangan pemain pertahanan West Ham, Emerson Palmieri.

Namun, sepakan penalti juga tidak diberikan.

“Tangannya sudah berada di dalam posisi tersebut sebelum bola itu terkena tangannya,” jelas Webb. Perlawanan itu berakhir 1-1.

Satu lagi keputusan yang tidak menyebelahi West Ham berlaku semasa perlawanan mereka menentang Burnley. – Agensi berita.

Mereka tidak diberikan penalti walaupun bola terkena tangan pemain tengah West Ham, Sander Berge.


Pengadil VAR, Andy Madley menyemak kejadian itu dan memutuskan bahawa penalti tidak sepatutnya diberikan kerana didapati bahawa Berge sendiri yang menanduk bola tersebut ke tangannya sendiri dalam percubaannya untuk keluarkan bola daripada bahaya.


Perlawanan itu berakhir 2-2 yang mana West Ham bangkit semula daripada ketinggalan 2-0.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >