Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kerajaan Britain mahu perkenal kawal selia bola sepak bebas

Mar 19, 2024 | 01:15 PM



LONDON: Kerajaan Britain sedang merancang untuk menubuhkan satu kawal selia bebas untuk memantau sukan itu serta menggalak kestabilan kewangan melalui rang undang-undang yang dibentang di parlimen pada 19 Mac.


Kawal selia itu akan bebas daripada kerajaan dan penguasa bola sepak, dengan kuasa mendenda kelab sehingga 10 peratus daripada hasil keuntungan kerana tidak mematuhi peraturan kewangan, kata kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Perundangan ini akan memperkukuhkan saringan untuk menentukan kelayakan mereka yang menguruskan kelab dan akan menghalang “persaingan tertutup” seperti Liga Super Eropah yang sering disarankan.

Kelab-kelab juga wajib untuk berunding dengan penyokong mereka mengenai perkara seperti hala tuju strategik dan apa sahaja yang berkenaan dengan warisan kelab tersebut.

“Sudah terlalu lama beberapa kelab telah diambil kesempatan oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab yang tidak didenda walaupun didapati salah urus kewangan, dan yang paling teruk adalah ia boleh menyebabkan keruntuhan kelab sepenuhnya,” kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.

“Rang undang-undang ini merupakan detik bersejarah bagi peminat bola sepak – ia akan memastikan suara mereka diketengahkan, menghalang pertubuhan liga yang eksklusif, melindungi kemampanan kewangan kelab, dan melindungi warisan kelab besar dan kecil kami,” tambah beliau.

Pengumuman kerajaan itu timbul selepas Liga Perdana England (EPL) gagal untuk mendapatkan kata putus mengenai penyelesaian kewangan baru dengan Liga Bola Sepak England (EFL), yang menguruskan permainan profesional di peringkat rendah.

Pada Februari, pihak kerajaan telah memberi amaran kepada EPL bahawa mereka harus mencapai persetujuan baru atau satu sistem baru akan ditentukan oleh pemerintah.

EPL menyatakan bahawa mereka akan mengkaji rang undang-undang itu.

“Kami bersetuju bahawa ia penting untuk kelab bola sepak kekal mampan, kekal dekat di hati masyarakat dan penyokong memainkan peranan asas dalam sukan ini,” kata liga tersebut dalam satu kenyataan.

“(Tetapi) kami sedar bahawa pertumbuhan masa depan EPL tidak dijamin, kami kekal bimbang tentang sebarang kesan yang tidak diingini daripada perundangan yang boleh melemahkan daya saing dan daya tarikan bola sepak England,” tambah liga itu.

Pemilik Kelab Liga Perdana, West Ham United, David Sullivan, berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan penubuhan kawal selia dan menyatakan bahawa ia mungkin merupakan tindakan yang mahal dan kurang berkesan.

“Saya harap pihak kerajaan tidak akan musnahkan sesuatu yang berfungsi,” kata beliau.

“Ini bermakna kami akan bersaing dengan pasukan dari liga lain di Eropah yang hanya menyumbang sebahagian kecil berbanding dengan jumlah yang diberikan kelab-kelab EPL kepada EFL dan bola sepak akar rumbi,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >