Keunggulan, dedikasi Ibrahim Sihat di pentas bina badan sukar ditandingi
Premium
Keunggulan, dedikasi Ibrahim Sihat di pentas bina badan sukar ditandingi
Daripada kerja awal sebagai mekanik, jaguh bina badan negara ukir nama antaranya menang lima pingat emas Sukan SEA, gelaran Mr Asia lapan kali; malah masih wakili negara pada usia 49 tahun ketika tampil di Sukan Asia 2006 di Doha
Mar 11, 2024 | 5:30 AM
Jika tidak kerana sukan bina badan, beliau mungkin terus mengasah kemahirannya di bengkel kereta – sebagai seorang mekanik.
Dengan hanya pendidikan Darjah 6 di Sekolah Rendah Telok Kurau West dan kemudian menyambung persekolahan di institut vokasional yang dulu dikenali sebagai VITB (Lembaga Latihan Kejuruan dan Perusahaan) – kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Teknikal (ITE) – kerja pertamanya sebagai mekanik pada usia belasan tahun itu turut membuka landasan bagi Ibrahim Sihat mengukir namanya dalam sukan bina badan setempat dan antarabangsa.
Laporan berkaitan
Walau lama menanti, Hanurdeen tak putus asa; sasar emas
di Sukan SEA 2025Jan 24, 2024 | 3:41 PM
Tekong legenda negara kongsi era cemerlang sepak takraw S’puraFeb 14, 2024 | 2:51 PM


