Sejak meledakkan bakatnya pada awal 1990-an, Muhamad Hosni Muhamad berpeluang berlumba di beberapa kejohanan berprestij. Antara kenangan manisnya ialah kejayaan menewaskan pelumba terpantas Asia waktu itu di Terbuka Singapura 1994. Sejak 2012, Hosni mengalihkan tumpuan menjadi jurulatih dan mentor kepada sekumpulan para-atlet negara.
SukanJan 12, 2025 | 5:00 AM
Bekas pelajar Anglo-Chinese School dan Raffles Institution, Aizat Muhammad Jufrie, perlu melakukan pelbagai pengorbanan sepanjang memburu kecemerlangan dalam sukan yang diminatinya – gimnastik. Beliau turut menghargai sokongan padu keluarganya yang menyokong setiap keputusan yang dibuatnya termasuk menundakan peperiksaan GCE ‘A’ setahun (dari 2014 kepada 2015) demi memberi tumpuan sepenuhnya pada gimnastik. 
SukanDec 15, 2024 | 5:00 AM
Mohd Zain Amat menganggap temasya Sukan SEA Thailand 2007 sebagai antara detik paling manis sepanjang penglibatan selama 15 tahun sebagai atlet menembak negara apabila beliau pulang dengan tiga pingat emas. Kesemuanya beliau memenangi lima pingat emas dan dua gangsa dalam empat penampilan di Sukan SEA.
SukanSep 30, 2024 | 5:00 AM
Mewakili skuad hoki nasional hampir dua dekad, Enrico Elifh Abdul Lathif Marican kekal bersemangat sehingga ke hari ini dan tidak putus memberikan kata-kata perangsang kepada rakan sepasukan lain. Jika tiada aral melintang, beliau berharap dapat terus bermain dan mendapat tempat dalam skuad negara yang akan beraksi di Sukan SEA Thailand pada 2025.
SukanAug 26, 2024 | 5:30 AM
Juara nasional skuasy empat kali, Mohamed Rizal Abdul Kadir, telah mempamerkan disiplin, dedikasi dan semangat juang yang tinggi sepanjang sekitar dua dekad mewakili Singapura dalam sukan ini. Beliau turut beraksi di tiga edisi Sukan SEA selain mewakili negara di pelbagai kejohanan besar lain. Kini berusia 45 tahun, Rizal masih bermain sukan ini dalam masa lapangnya dalam usaha mengekalkan kesihatannya.
SukanJun 18, 2024 | 1:33 PM
Perenang nasional, Nur Marina Chan Shi Min Alif Abdullah, giat mengimbangi masa antara latihan nasional serta kerjaya sebagai penyelidik. Malah beliau sudah pun mendaftarkan diri sebagai calon pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang kemampanan dan akuakultur.
SukanMay 13, 2024 | 6:00 AM
Sedang tumpuannya kini juga pada kerjaya, perenang nasional, Nur Marina Chan Shi Min Alif Abdullah, akur belum bersedia mengetepikan minat mendalam pertamanya iaitu renang yang disertai secara kompetitif sejak berusia belasan tahun. Beliau gigih mengikuti latihan dan mendamba harapan dapat mendapat tempat dalam skuad negara yang akan beraksi di Sukan SEA 2025, di samping Kejohanan Dunia yang akan dihoskan Singapura, juga pada 2025.
SukanMay 13, 2024 | 5:30 AM
Pemain golf profesional, Abdul Hadi Uda Thith, berkata matlamatnya tetap tidak berubah – terus berlatih dengan gigih, memperbaiki kelemahannya dan berusaha mendapatkan ‘tour card’ untuk membolehkannya beraksi dalam Jelajah Asia atau Jelajah Jepun.
SukanApr 1, 2024 | 5:30 AM
Muka hadapan akhbar, ‘The New Paper’ pada 26 Oktober 1989 yang membuat liputan mengenai Ibrahim Sihat serta ujian air kencingnya yang positif bahan perangsang atau ‘stimulant’ selepas Sukan SEA Malaysia 1989.
SukanMar 11, 2024 | 5:30 AM
Ibrahim Sihat adalah pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak lima kali; menang pingat perak di temasya Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan, serta gangsa di Sukan Asia 2006 di Doha; bergelar Mr Asia sebanyak lapan kali di samping menduduki tempat kelima Kejohanan Bina Badan Dunia 1996. Dalam arena bina badan tempatan, keunggulannya tiada bandingan – beliau bergelar ‘Mr Singapore’ (Juara Nasional) sebanyak 15 kali.
SukanMar 11, 2024 | 5:30 AM
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg