Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Khidmat anggota majlis FAS digantung sementara berhubung isu ‘potensi pelanggaran’

Jan 04, 2024 | 03:44 PM



Tahun 2024 baru saja bermula tetapi sudah timbul masalah dalam bola sepak Singapura.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendedahkan ia telah menggantung khidmat seorang anggota majlis atas potensi melanggar peraturan.

Memberikan respons kepada soalan The Straits Times (ST), seorang jurucakap FAS berkata pada 29 Disember:


“FAS mengesahkan bahawa seorang anggota majlis telah dikenakan penggantungan daripada tugas sementara menantikan siasatan daripada Jawatankuasa Etika FAS di atas potensi pelanggaran.”

Penggantungan tersebut disebabkan oleh siasatan yang sedang dijalankan dan tugas anggota itu ditukar.

Memandangkan siasatan masih lagi dijalankan, FAS tidak akan memberi sebarang komen lanjut.

“Kami akan menunggu kesimpulan Jawatankuasa Etika FAS untuk menamatkan penilaian mereka,” kata jurucakap FAS tersebut.

Walaupun FAS tidak mendedahkan identiti anggota majlis tersebut, tetapi ST mengesahkan bahawa individu itu adalah Harman Ali, yang merupakan pengasas Akademi Bola Sepak Global dan ketua jurulatih pasukan Liga Bola Sepak Singapura Divisyen Dua, GFA Sporting Westlake FC.

Harman telah mendapatkan khidmat seorang peguam untuk menangani perkara tersebut dan FAS telah melantik Advocatus Law sebagai wakil undang-undang mereka.

Apabila dihubungi, Harman menolak untuk membicarakan isu tersebut melalui media dan berkata bahawa peguamnya akan berhubung secara langsung dengan FAS.

Isu pelanggaran yang ditimbulkan FAS dikatakan berkaitan dokumen yang didakwa bocor setelah tinjauan prestasi pasukan lelaki bawah-22 tahun negara di Sukan SEA 2023.

Dokumen tersebut muncul setelah panel yang terdiri daripada empat individu ditubuhkan pada bulan yang sama menyusuli prestasi pasukan yang tidak memuaskan, termasuk kekalahan 7-0 kepada Malaysia.

Panel itu diketuai oleh bekas ketua jurulatih kebangsaan Jita Singh dan tiga ahli majlis FAS: Harman, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan penolong chef de mission Sukan SEA, Lim Tong Hai dan bekas kapten negara Razali Saad.

Mereka telah menghabiskan empat minggu menemu ramah pemain, jurulatih, pentadbir, dan kakitangan sokongan sebelum mengemukakan laporan mereka kepada FAS.

Harman, yang dijangka berkhidmat hingga 2025, adalah sebahagian daripada Team Game Changers, pasukan Bill Ng yang menentang pasukan mendiang Lim Kia Tong dalam pilihan raya FAS pada 2017.

Majlis FAS antara lain termasuk presiden Bernard Tan; naib-naib presiden S. Thavaneson; Teo Hock Seng, Razali Saad dan Ben Teng, seorang bendahari kehormat, setiausaha agung serta 10 anggota lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >