Topik diikuti
Pergi ke BHkuKinoshi under diri sebagai ketua jurulatih BG Tampines Rovers
Kinoshi under diri sebagai ketua jurulatih BG Tampines Rovers
Apr 15, 2026 | 7:09 PM
Kinoshi under diri sebagai ketua jurulatih BG Tampines Rovers
Ketua jurulatih BG Tampines Rovers, Katsuhito Kinoshi, telah mengundur diri daripada jawatannya. Beliau hanya mengendali Tampines dalam dua perlawanan Liga Perdana Singapura, meraih satu kemenangan dan satu kekalahan. - Foto INSTAGRAM TAMPINES ROVERS
Ketua jurulatih BG Tampines Rovers, Katsuhito Kinoshi, telah mengundur diri daripada jawatannya.
Ini bermakna beliau menjadi pengurus keempat yang meninggalkan kelab itu dalam tempoh kurang setahun.
Menerusi satu kenyataan di laman Instagram rasmi kelab itu pada 15 April, jurulatih dari Jepun itu memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas faktor keluarga.
Kinoshi baru sahaja mengendalikan pasukan tersebut bagi dua perlawanan selepas dilantik secara rasmi pada 3 April.
Buat sementara waktu, pengurus besar dan jurulatih penjaga gol, William Phang, akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara sehingga penghujung musim 2025/26.
Laporan berkaitan
Hide jadi wira bantu Tampines bangkit tebus kekalahan laluApr 13, 2026 | 1:50 PM
Jurulatih sementara bertembung bagi 2 pasukan teratas SPLFeb 20, 2026 | 3:16 PM
