Wajahnya tenang, tidak sedikit terpalit kedukaan daripada kekalahan yang dialaminya baru-baru ini. 

Jelas tempoh rehat yang diambil oleh atlet lawan pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman, sekembalinya dari Sukan Olimpik Paris 2024 telah menenangkan jiwa yang bergelora.