Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kiria Tikanah menang perlawanan pertama, tapi tewas dalam pusingan selanjutnya

Jul 27, 2024 | 8:42 PM
Atlet lawan pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman (kanan) bersama lawannya, Maria Luisa Doig Calderon dari Peru dalam pusingan pertama acara epee perseorang wanita pada 27 Julai.
Atlet lawan pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman (kanan) bersama lawannya, Maria Luisa Doig Calderon dari Peru dalam pusingan pertama acara epee perseorang wanita pada 27 Julai. - Foto ZAOBAO

Atlet lawan pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman langkah kanan dalam perlawanan pertama di Olimpik Paris tetapi tidak berjaya meneruskan langkah kemenangan itu.

Beliau tewas dalam perlawanan kedua kepada pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2023, .Alberta Santuccio dari Italy.

Bertanding dalam acara epee perseorang wanita, Kiria, yang menduduki ranking ke-75 di dunia berjaya menewaskan peserta Peru, Maria Calderon yang menduduki ranking ke-46 dalam pusingan pertama yang disertai 64 atlet.

Kemenangan 15-14 itu sedikit-sebanyak menebus kekalahan yang dialami Kiria kepada lawan yang sama di Kejohanan Dunia 2023 di Hungary.

Namun, Kiria, 24 tahun tidak berjaya meneruskan momentum kemenangan ini dalam perlawanan selanjutnya dan tewas 15-10 kepada Santuccio yang menduduki ranking ketiga di dunia.

Keputusan ini bermakna Kiria sekali lagi tewas di pusingan kedua di gelanggang Olimpik. Di Olimpik Tokyo pada 2020, Kiria tersingkir dari pertandingan pada pusingan itu selepas tewas kepada Ana Maria Popescu dari Romania yang pada ketika itu menduduki ranking pertama di dunia.

Ini adalah kali kedua Kiria beraksi di Olimpik.

Seorang lagi atlet pedang negara, Amita Berthier akan memulakan persaingannya di gelanggang Olimpik dalam acara foil pada 28 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg