Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Puan Jane Ittogi, disambut oleh Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dan isterinya, Cik Brigitte Macron, apabila mereka menghadiri majlis jamuan praupacara pembukaan Sukan Olimpik di Paris pada 27 Julai.
Tuan Presiden dan Puan Ittogi melakukan lawatan ke Paris untuk menghadiri upacara pembukaan Olimpik.
Awal dari itu, mereka menghadiri majlis jamuan bersama warga Singapura di Perancis dan melawati Perkampungan Olimpik serta bertemu beberapa atlet Singapura, seperti atlet lawan pedang, Kiria Tikanah Abdul Rahman, dan pendayung, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee.
Tuan Presiden akan menyokong atlet Team Singapore yang bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada 27 dan 28 Julai.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg