Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Kontinjen Myanmar disambut meriah di upacara menaikkan bendera

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA 2015

Kontinjen Myanmar disambut meriah di upacara menaikkan bendera

Jun 01, 2015 | 07:35 PM

SUASANA ala karnival, lengkap dengan persembahan tarian dan alat genderang, mengiringi rombongan para atlit dan pegawai Myanmar di upacara menyambut ketibaan mereka yang diadakan di lelapang Stadium Roar yang terletak dekat Kallang Wave Mall, Hab Sukan Singapura, sebentar tadi (1 Jun).

Acara itu - yang turut menyaksikan chef-de-mission Myanmar, Thet Lwin, dan Ketua Tenaga Manusia dan Pendekatan Sukan, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (Singsoc), Encik Muhammad Rostam Umar, bertukar-tukar cenderahati sempena Sukan SEA Ke-28 ini - juga berperanan sebagai majlis menaikkan bendera negara itu, antara 10 negara peserta yang akan memeriahkan temasya sukan dwitahunan kali ini.

Tuan rumah Sukan SEA 2013 itu akan menampilkan 390 atlit kali ini yang akan bertanding dalam 31 cabang sukan. Sebagai hos dua tahun lalu, mereka menduduki tangga kedua dalam senarai pungutan pingat dengan memenangi 86 emas, 62 perak dan 85 gangsa - berada hanya di belakang Thailand yang muncul juara keseluruhan temasya.

Kesemuanya, lebih 7,000 atlit dan pegawai dijangkakan bagi Sukan SEA Ke-28 Singapura ini yang menampilkan 36 cabang sukan serta menawarkan 402 pingat emas.

Upacara pembukaan gilang-gemilang akan berlangsung Jumaat ini di Stadium Negara, sekalipun beberapa acara seperti bola sepak, tenis meja dan bola jaring sudah pun bermula lebih awal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3