DENGAN tersenyum lebar, pembawa bendera Singapura di Sukan Para Asean (APG) Kuala Lumpur, Suhairi Suhani (gambar), mendahului kontinjen negara ini di upacara pembukaan edisi kesembilan temasya sukan itu, yang penuh warna-warni di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.
Suhairi, yang akan beraksi dalam acara lompat jauh, antara 90 para-atlit Singapura di APG KL - rombongan terbesar negara ini bagi APG yang berlangsung di luar negara.