Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kontinjen terbesar 382 atlet S'pura bakal beraksi di Sukan Asia ke-19

Apr 18, 2022 | 08:21 PM



SINGAPURA  bakal menghantar kontinjen terbesar – seramai 382 atlet yang bersaing dalam 29 cabang sukan di Sukan Asia ke-19 tahun ini.



Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang dipengerusikan oleh Presiden SNOC, Encik Tan Chuan-Jin, bertemu hari ini (18 April) untuk mempertimbangkan pencalonan yang dikemukakan oleh persekutuan sukan nasional (NSA) dan memutuskan atlet yang telah membuat potongan pertama untuk bertanding di temasya sukan itu.



Antara atlet yang layak termasuk juara renang Olimpik, Joseph Schooling dan juara badminton dunia, Loh Kean Yew.



Atlet yang masih belum layak mempunyai masa sehingga 25 April untuk memenuhi kriteria pemilihan bagi memenuhi kriteria pemilihan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan.



Sukan Asia ke-19 akan berlangsung di Hangzhou, China pada 10 hingga 25 September nanti.



482 acara akan dipertandingkan dalam 40 sukan.



Pada Sukan Asia ke-18 di Indonesia pada 2018, kontinjen Singapura yang terdiri daripada 264 atlet telah memenangi 4 pingat emas, 4 pingat  perak dan 14 pingat gangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >