Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kontroversi VAR berulang selepas Arsenal tewas kepada West Ham

Dec 29, 2023 | 12:56 PM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, kecewa selepas satu lagi keputusan video penolong pengadil (VAR) yang menimbulkan kontroversi memainkan peranan penting dalam kekalahan 2-0 pasukannya kepada West Ham pada 29 Disember.


Ini bermakna mereka tidak dapat kembali ke tempat teratas Liga Perdana England (EPL) buat masa kini.

West Ham mendahului selepas 13 minit melalui jaringan Tomas Soucek hasil hantaran Jarrod Bowen yang disahkan berjaya nyaris-nyaris menghalang bola dari terkeluar padang.

Semakan VAR mengambil hampir lima minit untuk diselesaikan akibat kedudukan Bowen yang menghalang pandangan kamera utama.

Akhirnya keputusan bahawa bola tersebut kekal di dalam padang dikekalkan.

“Ia memalukan bahawa dengan teknologi yang kami ada, kami tidak boleh menyatakan dengan jelas bahawa ia keluar atau masuk,” kata Arteta yang jelas kecewa.

Pengurus warga Espanyol itu menghadapi beberapa masalah dengan pihak berkuasa bola sepak akibat beberapa komennya mengenai keputusan VAR.

Awal Disember, beliau terlepas daripada hukuman Persatuan Bola Sepak (FA) selepas menyatakan keputusan untuk tidak menolak jaringan Anthony Gordon sewaktu kekalahan 1-0 kepada Newcastle United pada 4 November sebagai sesuatu yang memalukan selepas gol itu dikekalkan selepas tiga semakan VAR

Pengurus West Ham, David Moyes, menyatakan bahawa beliau belum lagi melihat semua ulangan video itu tetapi ia mengecewakan apabila tayangan VAR timbul selepas menjaringkan gol dan semakan mengambil masa yang lama.

Beliau menambah bahawa pasukannya ‘bertahan dengan cemerlang’ untuk mendapatkan kemenangan itu selepas Konstantinos Mavropanos menambah jaringan kedua pada minit ke-55.

Moyes juga tenang tentang mendapatkan kontrak baru.

“Terdapat banyak masa untuk berbual tentang perkara itu,” kata beliau, dan menambah bahawa semua pihak gembira dengan arah tuju West Ham sekarang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >