Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Undang-undang bola sepak EPL dipersoal lepas City tewaskan Everton 3-1

Pep Guardiola marah keputusan ofsaid tidak diberi awal, Sean Dyche berang penalti diberi walau bola terkena tangan secara tidak sengaja
Dec 28, 2023 | 03:28 PM



LIVERPOOL: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dan pengurus Everton, Sean Dyche, mengalami perasaan berbeza di Goodison Park pada 28 Disember – tetapi kededuanya menyoal undang-undang bola sepak selepas perlawanan mereka.


Pemain pertahanan City, John Stones, terpaksa dikeluarkan dari padang akibat kecederaan buku lali selepas penolong pengadil tidak mengangkat benderanya apabila Beto lari ke arah gawang walaupun dalam keadaan ofsaid.

Kemudian pada separuh masa kedua, Everton mendapati ia diperlaku secara tidak adil apabila City diberi penalti selepas rembatan Nathan Ake terkena tangan Amadou Onana.

Itu membolehkan Julian Alvarez menjaringkan gol daripada sepakan penalti, dan dengan jaringan Phil Foden serta Bernardo Silva, City menewaskan Everton 3-1.

“Penalti itu, saya tidak faham,” kata Dyche.

“Saya rasa tiada siapa faham. Kami ada pertemuan melalui Zoom beberapa bulan lalu, dan semua pengurus berkata ia tidak masuk akal dan kami tidak tahu mengapa mereka memberikan penalti.

“Undang-undang mengatakan begitu, itulah sebabnya penalti itu diberi. Mereka hanya mengikut undang-undang dan ini bukan salah pengadil. Apakah itu (bola terkena tangan Onana) secara sengaja? Sudah tentu tidak,” tambah beliau.

Pengadil perlawanan itu, John Brooks, memberi tendangan sudut selepas sepakan Ake terkena Onana dari jarak dekat, tetapi dinasihati oleh penolong pengadilnya supaya memberi penalti.

Bekas pengurus Everton, Roberto Martinez, berkata kepada media: “Bagi saya, ia bukan penalti. Bagi saya, mereka yang tahu bola sepak tahu ia bukan penalti.”

Namun bekas pengadil Liga Perdana, Mark Clattenburg, juga berkata kepada media:

“Tiada siapa berkata keputusan itu salah, yang kami katakan ialah mengikut cara undang-undang itu ditulis ia adalah salah dan oleh itu ia adalah sesuatu yang perlu diubah.”

Dyche setuju dengan kenyataan itu dan menambah:

“Itu adil, kami semua berasa demikian. Perkara yang membimbangkan saya tentang undang-undang ini ialah sekarang pengadil berpengalaman menggunakan undang-undang ini, jadi sekarang semua orang hanya berkata itulah undang-undangnya dan tidak menyoalnya.

“Inilah keadaan di mana undang-undang perlu mempunyai fleksibiliti.”

Sementara itu, City sedang menantikan berapa teruk kecederaan Stones, yang beliau alami selepas menghalang percubaan Beto.

Namun, jikalau penyerang Everton itu berjaya menjaringkan gol, ia akan dibatalkan kerana beliau jelas dalam keadaan ofsaid.

Penolong pengadil tidak mengangkat benderanya kerana ada peluang untuk menjaringkan gol, dan itulah arahan yang diberi kepada pengadil perlawanan sejak permulaan musim lalu.

“Inilah masalahnya apabila bendera tidak diangkat,” kata bekas penyerang Newcastle, Alan Shearer.

“Mereka akan terus bermain dan satu hari nanti ada yang akan mengalami kecederaan,” ujarnya.

Guardiola juga marah tentang cara kecederaan itu berlaku, sambil mengesahkan kecederaan itu “kelihatan teruk”.

“Saya tidak faham. Ofsaid itu sangat jelas, dan sekarang beliau (Stones) cedera. Mereka berkata saya betul... tetapi ia sudah terlambat,” kata pengurus Manchester City itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >