Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Renang terus bolot emas berganda

Aug 24, 2017 | 10:30 PM



KUALA LUMPUR: Perenang negara terus menakluki kolam renang Sukan SEA dengan menyumbang tiga lagi emas dalam hari keempat acara renang yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil malam tadi.



Seperti biasa, juara Olimpik negara Joseph Schooling telah memimpin misi buruan emas itu setelah mempertahankan kejuaraannya dalam acara 100 meter kuak bebas lelaki.



Beliau telah mencatatkan masa 48.93 saat setelah menghadapi persaingan sengit dari atlit Vietnam Hoang Quy Phuoc yang terpaksa berpuas hati dengan perak.



Atlit 22 tahun itu merupakan perenang lelaki pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan dalam acara kuak bebas 100 meter secara berturut-turut sejak perenang Indonesia Richard Sam Bera pada 2001.



Sasaran emasnya bagi semua enam acara yang disertai juga hampir tercapai apabila Schooling menambah pingat emas yang keempat dan kelima bagi Sukan SEA malam tadi.



Anggota sepasukan Darren Lim menamatkan perlumbaannya dengan 50.56 saat dan meraih gangsa buat Singapura.



Ditemui media selepas perlumbaannya itu, Schooling berkata bahawa beliau berasa lega dapat mempertahankan kejuaraannya itu.



"Malam ini merupakan malam kejayaan buat kami.



"Memang biasanya saya lega apabila matlamat yang saya telah tetapkan dapat dicapai, dan hari ini saya gembira dapat menunjukkan prestasi cemerlang dan menang secara individu dan juga untuk membantu pasukan saya."



Ditanya tentang rancangannya untuk berehat selepas ini sebelum acara lain bermula, Schooling berkata bahawa beliau ingin menonton Netflix dan mendedahkan bahawa program kegemarannya termasuk siri drama 'House of Cards' dan 'Designated Survivor'.



Selain memenangi emas secara individu, Schooling juga telah membantu anggota pasukannya yang lain, Danny Yeo, Quah Zheng Wen dan Pang Sheng Jun untuk memenangi acara 4x 200 meter kuak bebas lelaki malam tadi.



Sebelum itu, Quah Zheng Wen turut menyumbang kepada pungutan emas Singapura setelah memenangi acara kuak lentang 100 meter selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 54.81 saat.



Quah hampir kehilangan emas dalam persaingan sengit itu yang menyaksikan perenang Indonesia I Gede Siman Sudartawa hampir mendahului, namun Quah berjaya memegang tembok penamat hanya 0.13 saat lebih awal.



Dengan perbezaan masa tipis itu, I Gede meraih perak manakala Francis Fong, yang mencatatkan masa 55.92 saat memungut gangsa untuk Singapura.



Semasa ditemui, Quah berkata bahawa beliau gembira dapat memenangi emas, walaupun masa yang dicatatkan tidak begitu baik.



"Memang masa tidak begitu baik, namun bagi saya matlamat utama adalah untuk menang, tidak kira betapa tipis marjin kemenangan," ujarnya.



Dalam acara wanita pula, Samantha Yeo telah mecipta rekod baru bagi kededua acara medley 200 meter perseorangan dan kuak dada 100 meter, namun ia hanya cukup untuk memberikannya perak.



Dalam medley perseorangan 200 meter, Yeo, yang mencatatkan masa 2 minit 16.85 juga telah memecahkan rekod yang dicipta mantan ratu renang Singapura Joscelin Yeo pada 2004 iaitu 2 minit 16.86 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >