F1 - GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Laluan berliku tapi Hamilton yakin

Litar mencabar Marina Bay lebih sesuai dengan keupayaan Ferrari dan Red Bull yang turut dambakan kemenangan

BERMAIN 'kejar-kejar' bagi sebahagian besar musim ini, Lewis Hamilton akan berlumba di Singapura sebagai pendahulu Formula Satu (F1) - mengatasi pesaing terdekatnya, Sebastian Vettel dari Ferrari, dengan kelebihan tiga mata - menyusuli kemenangan jaguh Mercedes itu dalam dua perlumbaan terakhir - di Belgium dan Italy.

Namun, harapan Hamilton melebarkan lagi jurang mata dan menggondol kejuaraan ketiga berturut-turut musim ini di Grand Prix Singapura Singapore Airlines dijangka penuh berliku - sama seperti Litar Jalan Raya Marina Bay yang sempit dan 'berbelit' - yang lebih sesuai dengan keupayaan Ferrari dan Red Bull.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan