LONDON: Laluan kerjaya Jamie Vardy mungkin cerminan paling sesuai bagi menceritakan kisah kebangkitan Leicester City musim ini.
Enam tahun lalu, Vardy sekadar menyarung jersi Stocksbridge Park Steels dalam divisyen ketujuh bola sepak England, sementara bekerja sambilan di kilang membuat produk perubatan.