'Lampu hijau' bagi perenang tunda NS

Laluan ke Olimpik Rio kini terbuka bagi Zheng Wen

LALUAN Quah Zheng Wen ke Sukan Olimpik Rio tahun depan kini terbuka, selepas Kementerian Pertahanan (Mindef) membenarkan perenang nasional itu menundakan tarikh mula Perkhidmatan Negara (NS).

Dijadual memulakan NS bulan ini, Zheng Wen, 18 tahun, kini hanya perlu memenuhi komitmen itu selepas 31 Ogos tahun depan - apabila tempoh penundaan tamat - bagi memberinya masa berlatih dan bertanding di Sukan Olimpik.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan