Seramai 18 petinju profesional dari rantau ini, termasuk lapan petinju Singapura, akan beraksi dalam acara Test of Champions (Ujian Juara-Juara) di sini pada 17 Ogos.
Acara yang berlangsung dari 6 petang hingga 10 malam di Foochow Building di Jalan Besar itu dianjurkan bersama oleh Leyendas Promotions dan Brothers Boxing Promotions, yang masing-masing diterajui oleh dua bekas juara tinju profesional – Muhamad Ridhwan Ahmad dan Hamzah Farouk.
Menjelang acara itu, wartawan media sosial Berita Harian, Ameerah Sallehuddin, bersembang bersama mereka mengenai tujuan dan matlamat acara tersebut.
Antara pentinju Singapura yang akan beraksi di acara itu ialah Thariq Aziz, yang akan membuat penampilan sulungnya sebagai petinju profesional.
Meluangkan masa bersama Berita Harian di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan bagi perlawanannya, Thariq turut mengajar Ameerah selok-belok sukan itu apabila berkongsi tentang pengalamannya sebagai petinju.
Ridhwan, yang dikenali sebagai The Chosen Wan (Wan Yang Terpilih) dan diiktiraf sebagai Jauhari Harapan Berita Harian pada 2018, serta Hamzah, yang pernah bergelar Petinju Contoh Terbaik oleh Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia, turut mencabar Ameerah mencuba sukan itu.
Dan mereka juga menyahut cabaran Ameerah.
Apakah cabaran itu?
Tonton video ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg