Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 80% pemain bola sepak wanita Eropah tidak selesa pakai but: Kajian

But di pasaran masa kini kebanyakannya direka untuk lelaki kulit putih
Jul 3, 2023 | 5:30 AM
JEJAS WANITA: Rasa tidak selesa di bahagian tumit lebih menjejas para pemain berkulit hitam (48 peratus), berbanding 32 peratus para pemain berkulit putih.
JEJAS WANITA: Rasa tidak selesa di bahagian tumit lebih menjejas para pemain berkulit hitam (48 peratus), berbanding 32 peratus para pemain berkulit putih. - Foto REUTERS

LONDON: Lebih daripada 80 peratus pemain wanita dalam kelab terkemuka Eropah telah mengalami rasa tidak selesa gara-gara but bola sepak, menurut satu kajian terkini.

Persatuan Kelab Eropah (ECA), yang mewakili kelab-kelab Eropah, meninjau 350 pemain daripada 16 pasukan teratas.

Ia mendapati sekitar 82 peratus berasa tidak selesa yang boleh menjejas persembahan mereka, sementara seperlima berkata mereka menyesuaikan but masing-masing dalam usaha menambah keselesaan.

But-but bola sepak di pasaran pada masa kini kebanyakannya direka untuk lelaki kulit putih.

Data terkini menunjukkan sekitar 34 peratus pemain wanita, yang ditinjau secara rambang, melaporkan rasa tidak selesa terutamanya di bahagian tumit mereka.

Kebanyakan mereka menggunakan pelapik dalam but yang disediakan pakar podiatri dan beberapa pemain perlu memotong lubang dalam but-but mereka bagi mengelakkan geseran dan masalah lepuh.

ECA mendapati bahawa rasa tidak selesa di bahagian tumit lebih menjejas para pemain berkulit hitam (48 peratus), berbanding 32 peratus para pemain berkulit putih.

“Bilangannya agak ketara,” kata ketua bola sepak wanita ECA, Claire Bloomfield.

“Kami tahu kami akan mendapat sesuatu tapi angka-angka tersebut agak memeranjatkan kami.

“Ia menunjukkan akan kepentingan isu ini dan mengapa ia perlu dilakukan pada masa ini.

“Sasaran utama adalah tentang memberi inspirasi kepada perubahan industri.

“Ia menunjukkan satu bahagian amat penting dalam kajian yang tidak dipedulikan.”

Para saintis sukan sebelum ini menekankan kurangnya kit bola sepak yang direka untuk wanita.

Ia menyatakan bahawa penggunaan but dan bola yang direka untuk para pemain lelaki boleh meletakkan risiko kecederaan lebih tinggi ke atas mereka.

Kajian ECA menunjukkan terdapat isu berkaitan ‘tendon achilles’ atau kecederaan menjejas urat yang menghubungkan betis ke tumit, serta keretakan tulang tapak kaki (metatarsal) akibat tekanan dikaitkan dengan pemakaian kasut yang tidak sempurna.

Dua dalam setiap lima pemain melaporkan kepada ECA bahawa mereka tidak berasa bahawa pasaran but bola sepak pada masa kini menawarkan pencegahan daripada kecederaan.

Kajian juga meneroka perbezaan antara kaki wanita dengan lelaki, termasuk luas, ketinggian lengkungan kaki, panjang metatarsal, sudut sendi metatarsal dan lilitan buku lali sejajar dengan betapa panjang kaki.

“Ia berkaitan dengan kaki, yang menunjukkan bahawa bentuk but bola sepak tidak sesuai dengan wanita dan ia tidak mudah diperbaiki,” kata pensyarah pemulihan sukan, Universiti St Mary, Dr Katrine Kryger, yang menyokong kajan ECA itu

“Bahagian yang paling menimbulkan isu adalah di bahagian tumit kaki yang menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

“Apabila kita melihatnya dari sudut etnik, sekitar 48 peratus pemain berkulit hitam berasa tidak selesa di tumit.

“Ini menunjukkan bahawa satu saiz tidak dapat disesuaikan dengan semua dan etnik memainkan peranannya juga,” tambah beliau.

Kajian yang dibiayai ECA itu merupakan sebahagian daripada komitmennya untuk meraih pengetahuan lebih mendalam berkaitan peralatan bola sepak serta pakaian yang meliputi keselamatan, persembahan dan keselesaan para pemain bola sepak wanita.

Dikumpul selama lebih 18 bulan, maklumat tersebut sejauh ini meliputi butiran seperti kedudukan stud but bola sepak dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada pergerakan kaki para pemain wanita.

“Matlamat kami mudah dan ia adalah bagi memastikan kasut yang sesuai untuk setiap wanita dan budak perempuan yang bermain bola sepak di seluruh dunia,” kata ketua pegawai eksekutif ECA, Charlie Marshall.

“Itu hanya permulaan. Bagaimana pasaran menggunakan dapatan kajian ini pada masa depan adalah langkah selanjutnya.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg