Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Danelle Tan sertai Borussia Dortmund

Jun 13, 2023 | 12:46 PM



JERSI kuning hitam Borussia Dortmund di Jerman pernah disarung barisan pemain bola sepak terkemuka di dunia seperti Erling Haaland, Robert Lewandowski, Pierre-Emerick Aubameyang dan Marco Reus.

Kini, seorang pemain bola sepak setempat, Danelle Tan, 18 tahun akan menjadi pemain wanita pertama dari Asia yang bakal menyarung jersi ikonik itu.

Pelajar Sekolah Mill Hill di London itu dijangka melengkapkan peperiksaan GCE peringkat ‘A’ sebelum menyertai latihan pramusim kelab pada Julai, termasuk kem latihan di pergunungan Jerman, menurut laporan akhbar, ‘The Straits Times’.

Beliau telah menerima tawaran kontrak setahun dengan kelab tersebut.

Peluang menyertai Dortmund terbuka apabila beliau dihubungi pengarah urusan Dortmund Asia Pasifik, Suresh Letchmanan tidak berapa lama dahulu.

Justeru, Tan, yang secara kebetulan sedang mencari peluang bermain di Eropah, bertemu ketua bola sepak wanita Dortmund, Svenja Schlenker dan dipelawa berlatih selama seminggu dengan pasukan pada Februari. 

Beliau berkata: “Saya berasa amat bertuah dan sangat beruntung kerana diberi peluang sebegini dan berharap tidak akan mensia-siakannya.

“Kelab ini mempunyai harapan tinggi dan pangkalan peminatnya yang besar adalah faktor utama yang memikat saya menyertainya. 

“Kini, saya akan meluangkan banyak masa dan usaha untuk mempertingkat keadaan jasmani supaya bersedia memberi sumbangan kepada pasukan dalam usaha mendaki liga.”

Tan akan melepaskan tempat di Kolej William & Mary (W&M) di Virginia, Amerika Syarikat, di mana beliau dijadual memulakan pengajian sebagai mahasiswi pada Januari 2024.

Beliau diberikan biasiswa sukan di sekolah itu pada November 2022 dan Tan berkata keputusan melepaskan peluang beraksi di Amerika adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan.

Namun, beliau bertekad menyertai Dortmund kerana ia adalah kelab yang istimewa, katanya.

Berbeza daripada pasukan lelakinya yang dianggap antara pasukan terbaik di Eropah, pasukan wanita Dortmund, yang baru dibentuk pada 2021, beraksi dalam divisyen kelima bola sepak Jerman.

Ini selepas ia tidak membeli lesen yang membolehkannya memulakan musim di divisyen lebih tinggi.

Pemainnya pula bukan bertaraf profesional dan tidak mempunyai kontrak penuh dengan kelab itu. 

Namun, kelab itu telah berjaya mendaki dua tangga divisyen dalam masa dua musim dan sejak 2022 dan akan bermain di divisyen kelima atau Landesliga pada Ogos ini.

Tan akur mungkin ada pihak yang menganggap beraksi bagi Dortmund di divisyen kelima bola sepak Jerman satu langkah mundur, tetapi beliau tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Dari segi bola sepak yang dimainkan, prasarana yang ada, usaha pemasaran… anda boleh lihat rancangan yang sedang dijalankan di seluruh kelab.

“Kemudahan di sini bertaraf dunia, jurulatihnya daripada kalangan yang terbaik dan Dortmund ialah kelab istimewa dan ia komited membangun bola sepak wanita dan saya ingin menjadi sebahagian proses ini,” kata Tan. 

Schlenker berkata kelab itu memutuskan untuk memberikan kontrak kepada Tan selepas menyaksikannya menerusi video dan semasa latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >