Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Legenda EPL tampil di S’pura pada April

Jan 29, 2024 | 05:48 PM



Bekas pemain bola sepak ini mungkin pernah bermusuh ketika beraksi untuk kelab masing-masing dalam Liga Perdana England (EPL) pada era 1990-an dan 2000-an.

Tetapi, pada April, bekas pemain pertahanan Liverpool, John Arne Riise, dan bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke dan Teddy Sheringham, antara lain, akan bergabung di luar dan di atas padang demi satu tujuan – untuk menyatukan masyarakat Singapura menerusi bola sepak. 

Legenda bola sepak EPL itu bakal berada di kota Singa untuk terlibat sama dalam Pesta Bola Sepak Starhub, yang berlangsung dari 20-21 April.

Pesta dua hari itu, anjuran World Football Legends bersama Starhub, akan diadakan di Our Tampines Hub.

Ia bertujuan meraikan semangat bola sepak, mempromosikan penglibatan masyarakat dan menyokong badan amal tempatan.

Dalam satu sidang media bagi mengumumkan penganjuran Pesta Bola Sepak Starhub pada 29 Januari, pengasas World Football Legends, Ian Holahan, berkata:

“Di World Football Legends, misi kami adalah untuk mencipta acara yang bukan hanya menyatukan masyarakat malah memupuk perkembangan bola sepak, terutama dalam kalangan keluarga muda. Kami percaya dalam meraikan legasi permainan sambil membentuk masa depannya.”

Pelbagai aktiviti disajikan untuk menarik kira-kira 5,000 peminat bola sepak ke acara itu.

Pada hari pertama pesta, remaja berusia 12-16 tahun boleh mengambil bahagian dalam klinik bola sepak.

Bengkel dan sesi beramah mesra bersama legenda EPL itu turut akan disediakan. 

Keesokan harinya, peminat bola sepak setempat akan dihiburkan oleh aksi mendebarkan antara legenda EPL dengan wira-wira bola sepak Singapura dalam satu perlawanan pameran pada 5.30 petang.

Riise, Yorke dan Sheringham akan menyarung jersi pasukan legenda EPL.

Trio itu akan disertai David James, Wes Brown, Glen Johnson, Lee Sharpe, Keith Gillespie, Patrick Berger dan Vladimir Smicer.

Skuad legenda Singapura pula akan menampilkan bekas pemain Singa seperti Aleksandar Duric, Rafi Ali, Nazri Nasir, Daniel Bennett, Lionel Lewis, Baihakki Khaizan, Aide Iskandar, Indra Sahdan Daud, Qiu Li dan Shahril Ishak.

“Selaras dengan inisiatif Starhub ‘Bola sepak untuk semua’, kami mengenal pasti kuasa bola sepak dalam menyatukan orang ramai dan memupuk semangat kemasyarakatan,” kata ketua kumpulan perniagaan pengguna Starhub, Johan Buse.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan World Football Legends bagi mengendalikan Pesta Bola Sepak Starhub, membolehkan peminat dalam masyarakat tampil meraikan cinta dan semangat mereka untuk sukan ini,” tambahnya.

Tiket bagi Pesta Bola Sepak Starhub berharga $60 untuk dewasa dan $30 untuk warga tua berusia 60 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. 

Pakej keluarga, yang merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak, berharga $150.

Tiket akan mula dijual secara eksklusif di platform MOVETIX, yang dapat diakses melalui aplikasi Superapp AirAsia, pada 30 Januari hingga 5 Februari.

Selepas tarikh itu, peminat boleh membeli tiket melalui platform MOVETIX dan SISTIC.

10 peratus daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Persatuan Disleksia dan Hospis HCA, kata penganjur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >