Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Legenda tinju, Muhammad Ali, meninggal dunia

Jun 04, 2016 | 01:48 PM

LOS ANGELES: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali, yang terkenal dengan gelaran 'The Greatest' dan antara tokoh sukan terkenal dan disegani, meninggal dunia pada usia 74 tahun di Phoenix, Arizona, menurut jurucakap keluarganya.

"Selepas 32 tahun bergelut dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun. Juara dunia tinju kelas 'heavy' sebanyak tiga kali ini menghembuskan nafas terakhir petang tadi," ujar satu kenyataan yang dikeluarkan Bob Gunnell.

"Keluarga Ali ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa serta ingatan... dan meminta diberikan privasi pada waktu yang sukar ini."

Sebelum ini, ikon sukan itu sudah pun dikejarkan ke hospital di Phoenix sejak Khamis lalu bagi mendapatkan rawatan, yang menurut Gunnell, bagi masalah pernafasan. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3