Lembaran baru bola sepak S'pura 29 April
Peminat harap pucuk pimpinan baru FAS dapat semarakkan semula sukan ini
Mar 19, 2017 | 05:30 AM
BOLA sepak Singapura bakal melangkah ke era baru apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengadakan pilihan raya buat julung-julung kali pada 29 April ini.
Selepas berbulan lama menunggu, notis pilihan raya akhirnya dikeluarkan persatuan itu kepada kesemua 44 anggotanya pagi semalam.