Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Lepas main untuk Singa, Hafiz urus sepak takraw nasional

Apr 17, 2023 | 05:30 AM



NAMANYA dikenali dalam bola sepak Singapura, tetapi beliau kini melibatkan diri dalam sukan di luar zon selesanya.



Bekas pemain bola sepak Singapura Hafiz Sujad sekarang pengurus pasukan sepak takraw nasional.



"Saya sangat baru kepada peranan dan sukan ini meskipun saya pernah main sepak takraw secara suka-suka.



"Selalunya sayalah atlet, tetapi kali ini saya menjadi pengurus pasukan. Banyak yang sedang saya pelajari," kata pemain serba boleh itu, yang bersara daripada bola sepak pada Ogos 2022.



Hafiz, 32 tahun, menggalas tugas itu apabila sebuah Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) dibentuk awal tahun ini untuk menguruskan pasukan sepak takraw yang mewakili Singapura di temasya sukan utama.



Sepak takraw akan bersaing di Sukan SEA di Kemboja pada Mei sebelum ke Sukan Asia di Hangzhou, China pada September.



Langkah itu diambil selepas presiden Perses Nasri Haron dan setiausaha agung Zahid Abdul Aziz masing-masing digantung 10 dan lima tahun daripada terlibat dalam sukan itu - di dalam dan luar negara - oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).



MGPC dilantik Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



Sejak September 2022, Hafiz bertugas bersama SNOC sebagai pelatih pakar (pengurusan sukan). Selaku pengurus pasukan, Hafiz berkata tugasnya ialah mengawasi keperluan dan kesejahteraan pasukan nasional.



Pada Januari, beliau mengiringi pasukan lelaki dan wanita nasional ke Kuala Lumpur bagi menyertai kejohanan dan bermain perlawanan persahabatan.



"Berbanding bola sepak, saiz pasukan sepak takraw lebih kecil. Jadi, lebih mudah untuk berinteraksi bersama jurulatih dan pemain serta menguruskan mereka," ujar Hafiz.



Selain itu, pengalamannya bergelar pemain bola sepak profesional selama 14 tahun turut membantu beliau memahami isi hati pemain.



"Sebagai bekas atlet, saya faham apa yang mereka rasa. Jadi, apabila mereka berasa kecewa (disebabkan persembahan dalam gelanggang), saya tahu mereka perlukan ruang dan pilih untuk lebih bersendirian," kata Hafiz, yang telah 44 kali menyarung jersi pasukan Singa.



Mengulas tentang persiapan skuad Singapura menjelang Sukan SEA, Hafiz berkata: "Sejauh ini semuanya berjalan dengan lancar dan pemain sangat bermotivasi." - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >