Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Bola Keranjang Asean ditamatkan

Nov 21, 2023 | 03:56 PM



Dalam perkembangan yang mengejutkan, Liga Bola Keranjang Asean (ABL) telah menghentikan kejuaraan itu selama-lamanya, menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan Singapore Slingers – satu-satunya pasukan bola keranjang profesional negara – serta pasukan nasional dan sukan itu di rantau ini.

Menurut laporan The Straits Times, ABL dan Slingers kini berada dalam keadaan tidak aktif selepas Fiba Asia, yang mentadbir sukan itu dalam benua ini, menarik pengiktirafan bagi liga selama 14 tahun itu.


Pemilik bersama ABL dan Slingers, Wee Siew Kim mengesahkan berita itu.

Beliau menambah, rancangan memulakan semula ABL dalam format dimainkan di gelanggang sendiri dan lawan pada Oktober terbantut akibat pengaruh Fiba Asia.

Beliau berkata: “Sejak dua tahun lalu, ABL bergelut dengan urusan surat-menyurat dengan Fiba Asia, yang telah menyuntik banyak kesukaran dalam perjalanan liga itu.

“Pada September, Fiba Asia menghantar surat untuk mengingatkan semua persekutuan bola keranjang Asia bahawa mereka telah menarik pengiktirafan ABL.

“Walaupun ia tidak menghalang persekutuan daripada menyokong ABL, mesej sedemikian menyebabkan kesukaran untuk liga.”

Dalam surat pekeliling pada 11 September, pengarah eksekutif Fiba Asia, Hagop Khajirian, menulis:

“Adalah penting untuk pegawai teknikal mengelak daripada mempunyai sebarang penglibatan dalam kegiatan ABL.”

Wee berasa arahan itu secara berkesan menghalang ABL daripada dianjurkan.

Beliau menambah: “Ia tidak adil untuk membuat staf dan pemain kami tertanya-tanya, jadi kami memberitahu mereka kontrak mereka tidak akan diperbaharui selepas ia tamat pada suku ketiga.”

Pada 20 November, Slingers mengeluarkan kenyataan mengenai situasi itu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Mereka menambah bahawa mereka akan meneroka pilihan untuk terus menjadi wadah pembangunan untuk pemain bola keranjang terbaik Singapura.

ABL dilancarkan pada 2009 dengan enam pasukan Asia Tenggara, termasuk Slingers, sebelum pasukan dari China, Hong Kong dan Chinese Taipei dibawa masuk sejak 2016.

Pada kemuncaknya, 10 pasukan bersaing pada musim 2018-19 sebelum kempen seterusnya dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Ia membuat kemunculan semula menerusi Piala 3X3 ABL pada April 2022, sebelum Undangan ABL – pertandingan seramai lapan pasukan di tiga negara – yang berlangsung dari Januari hingga Mac 2023.

Slingers, yang ditubuhkan pada 2006, memainkan peranan penting dalam pelancaran ABL dan menjadi pasukan hebat liga meskipun kumpulan bakat tempatan yang terhad.

Mereka berjaya mara ke final ABL pada 2016, 2017 dan 2019.

Walaupun mereka tidak merangkul kejuaraan, mereka menghasilkan bintang seperti Wong Wei Long dan Delvin Goh, manakala pemain import seperti Xavier Alexander diminati peminat.

Dengan pemain berlatih dan bersaing secara tetap, Singapura juga mengakhiri kemarau 34 tahun bola keranjang dalam Sukan SEA pada 2013 dengan pingat gangsa, yang mereka turut menang pada 2015.

Di luar gelanggang, kelab itu juga mengendalikan program mendekati sekolah dan terlibat secara aktif dengan Akademi Bola Keranjang ActiveSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >