PARIS: Alexis Sanchez menjaringkan gol 12 minit sebelum perlawanan tamat bagi membolehkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada Selasa (13 Sep).
PSG mendahuli hampir dari mula, apabila tandukan Edinson Cavani membuka jaringan pada saat ke-42 saat di Parc des Princes.
Ia gol paling pantas PSG dalam Liga Juara-Juara, namun juara Perancis itu, dan Cavani, khususnya, bersalah kerana gagal menambahkan gol daripada banyak peluang keemasan.
Sanchez menghukum mereka dengan gol penyamaan sebelum kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Olivier Giroud dan Marco Verratti dibuang padang pada masa kecederaan.
Keputusan itu meletak Arsenal dalam kedudukan kukuh dalam Kumpulan A, dengan permainan lain dalam kumpulan tersebut antara Basel dan Ludogorets Razgrad juga berakhir dengan seri 1-1. - AFP