MADRID: Gol solo yang sungguh sensasi oleh Saul Niguez memberikan Atletico Madrid kelebihan 1-0 ke atas Bayern Munich dalam pertemuan seperuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Vicente Calderon kelmarin.
Pemain skuad bawah 21 tahun Sepanyol itu menggelecek empat pemain Bayern sebelum merembat bola ke sudut gawang untuk memberikan Atletico permulaan yang hebat selepas 11 minit perlawanan.