Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Leicester, Juventus mara ke suku akhir

Mar 15, 2017 | 07:37 AM



LEICESTER: Kasper Schmeichel menyelamatkan bola tendangan penalti lewat secara dramatik bagi membolehkan Leicester City mengalahkan Sevilla 2-0 pada Selasa (14 Mac) untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama.



Ketinggalan 2-1 daripada perlawanan pertama, yang kemudian menyaksikan pengurus Claudio Ranieri dipecat, Leicester menjaringkan gol melalui Wes Morgan dan Marc Albrighton sebelum Schmeichel menyelamatkan sepakan penalti Steven N'Zonzi ini.



Ia memberi mereka kemenangan agregat 3-2 dan meneruskan perubahan luar biasa di bawah pengurus baru Craig Shakespeare, yang memenangi tiga perlawanan berturut-turut sejak peranannya ditingkat daripada sebagai pembantu Ranieri.



Leicester sedang terkial-kial untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenanganginya musim lalu, tetapi memenangi kesemua empat perlawanan Liga Juara-Juara di tempat sendiri, Stadium King Power



Sevilla, pemenang tiga Liga Europa lalu, menyaksikan Samir Nasri dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua luar biasa kerana menghantuk kepala Jamie Vardy.



Dalam satu lagi perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa, gol sepakan penalti babak pertama Paulo Dybala membantu Juventus menewaskan Porto 1-0 dan mara ke suku akhiar dengan kemenangan agregat 3-0. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >