Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Liverpool 'bagai menyerah' kepada Real Madrid

Gol Foden bolehkan Man City catat kemenangan tipis atas Dortmund
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Jurgen Klopp mengatakan Liverpool membuat kemenangan Real Madrid 3-1 dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir kelmarin "terlalu mudah", tetapi berasa gol Mohamed Salah menawarkan pasukannya talian hayat untuk perlawanan kedua di Anfield.



Reds secara umumnya kelihatan pasukan kedua terbaik sepanjang perlawanan yang menghiburkan menentang pasukan Real yang tanpa pasangan pemain bek tengah pilihan utama mereka, tetapi penuh dengan bakat menyerang yang mengagumkan.



Liverpool dimusnahkan pada separuh pertama ketika Vinicius Junior menghasilkan rembatan rendah selepas mendada hantaran bola cantik daripada Toni Kross, dan gol jarak dekat Marco Asensio berikutan kesilapan pertahanan Trent Alexander-Arnold.



Liverpool bangkit berjuang selepas waktu rehat, merapatkan jurang menerusi gol Salah untuk memaparkan tempoh 20 minit terbaik mereka dalam perlawanan itu.



Namun, mereka disengat apabila Vinicius membolos gawang menerusi jaringan sentuhan pertama menyusuli gerakan serangan mantap dengan baki 25 minit, meninggalkan Liverpool dengan tugas yang sangat besar dalam pusingan kedua di Anfield yang kosong pada 14 April.



"Sekiranya anda ingin ke separuh akhir, anda harus memperoleh hak untuk melakukan sedemikian," kata Klopp kepada BT Sport. "Kami tidak melakukannya malam ini, terutama dalam separuh pertama.



"Kami tidak bermain bola sepak yang cukup baik untuk menyebabkan lebih banyak masalah untuk Real Madrid. Kami menjadikannya terlalu mudah untuk mereka.



"Satu perkara baik yang boleh saya katakan, selain gol itu, adalah ia hanya adalah separuh pertama perlawanan ini. Kami tidak layak mendapat lebih tetapi satu gol itu dan separuh kedua adalah okey. Ia memberi kami talian hayat."



Dalam perjuangan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019, Liverpool bangkit daripada kekalahan 3-0 dalam pusingan padang lawan untuk menewaskan Barcelona secara agregat hasil persembahan separuh akhir kedua yang menakjubkan, cemerlang dalam serangan yang penuh ligat.



Dalam pada itu, rembatan saat akhir Phil Foden memberikan Manchester City kelebihan tipis 2-1 dalam pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund di Stadium Etihad kelmarin.



Harapan City mencapai ke separuh akhir tampak tidak menentu ketika Marco Reus memberi Dortmund apa yang dianggap sebagai gol padang lawan yang penting, dengan jaringan tenang menerusi hantaran Erling Haaland enam minit sebelum wisel penamat.



Kevin de Brunye, yang meletakkan City di depan dengan jaringan mantap pada minit ke-19, memainkan peranannya sekali lagi dalam minit terakhir perlawanan apabila hantaran lintangnya yang baik menjumpai Ilkay Gundogan sebelum Foden berjaya melepasi Marwin Hitz.



Bercakap kepada BT Sport, bos City Pep Guardiola berkata: "Lebih baik menang daripada seri. Kami akan ke sana untuk menang.



"Kami ada satu lagi permainan di sana dan dengan keputusan 2-1, kami akan cuba jaring gol di sana untuk menang... Setiap permainan kami main untuk menang." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >