Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pep Guardiola anggap kemenangan “bak sudah tertulis di bintang”

Liga Juara-Juara milik Manchester City

Jun 11, 2023 | 09:34 AM



ISTANBUL: Manchester City melengkapi hasrat mereka untuk mememangi tiga kejuaraan musim ini dengan yang terkini pasukan England itu menjulang Liga Juara-Juara selepas menundukkan Inter Milan 1-0 dalam perlawanan akhir pertandingan itu.

Selepas menjuarai Liga Perdana England (EPL) dan Piala FA, pasukan kendalian Pep Guardiola itu menyamai rekod treble Manchester United pada 1999 apabila ia menjadi pasukan kedua kelab England untuk mencapainya selepas jaringan Rodrigo pada minit ke-68 mengesahkan kejuaraan itu milik skuad hebat tersebut.

Pasukan City yang mengawal permainan tidak dapat bermain dengan sebaiknya semasa menentang Inter yang begitu tersusun dalam strategi mereka dan mereka juga terpaksa kehilangan pemain tunggak, Kevin de Bruyne, yang terpaksa digantikan pada separuh masa pertama akibat kecederaan.

Namun para peminat City tidak dihampakan sejurus wisel penamat ditiup - meraikan kemenangan pasukan pilihan mereka di Stadium Ataturk di malam penuh bersejarah itu dengan sorakan gemuruh yang menghangatkan suasana ibu kota Turkey itu.

Dan bagi Guardiola, ia mengesahkan lagi statusnya sebagai salah seorang pengurus terhebat apabila beliau menjulang tiga trofi Liga Juara-Juara dalam kerjaya bola sepaknya - dua di Barcelona dan yang ketiga ini di City.

Jelas perlawanan pada awal pagi Ahad itu yang menarik kehadiran lebih 71,400 penonton bukan mudah buat City apabila Inter membuat beberapa percubaan merbahaya di pintu gawang City.

Tandukan Federico Dimarco terkena tiang City sementara Ederson menyelamatkan bola daripada menembusi gawangnya bagi menafikan percubaan Romelu Lukaku.

Lukaku juga gagal menjaringkan gol di hadapan pintu gawang apabila tandukannya mengena langsung kepada Ederson yang mudah mengawal bola.

Kini Guardiola dan para pemainnya boleh menempatkan diri mereka dalam sejarah bola sepak Eropah.

Liga Juara-Juara sememangnya membawa kedukaan buat City dan Guardiola terutamanya pada 2021 apabila pasukan itu tewas kepada Chelsea dalam final pertandingan itu. Namun kedukaan yang dirasai dua tahun lalu terubat menyusuli kemenangan City pada musim kali ini.

Guardiola berkata sebelum ini ada tanggapan kurang yakin sekiranya mereka mampu membawa pulang trofi Liga Juara-Juara. Dan kini semuanya sudah terjawab, katanya.

Guardiola berkata kemenangan tersebut bak sudah “tertulis di bintang”.

“Amat sukar untuk kami memenangninya,” kata Guardiola kepada BT Sport selepas kemenangan itu,

“Mereka bermain amat baik. Saya kata bersabar pada pasukan kami pada separuh masa pertama.

“Kita juga bernasib baik. Sekiranya Ederson tidak dapat selamatkan bola, mungkin juga mereka dapat menyamakan kedudukan.

“Namun ia bak sudah tertulis di bintang bahawa kami akan memenanginya.”

Guardiola menambah:

“Kami akan menyambutnya di hotel bersama keluarga dan sahabat handai. Pada Isnin, sambutannya adalah di Manchester. Dengan pertandingan ini, mencapai treble memang amat sukar.” - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >