Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA MAN UTD LWN MAN CITY

Man City pasukan pilihan, tapi awas azam Man United

City kejar rekod untuk catatkan kejuaraan ‘treble’, namun United yang kini memegang rekod tersebut berazam untuk halang City daripada mengukir sejarah
Jun 03, 2023 | 05:31 AM



LONDON: Manchester United pasti mahukan melakukan segalanya bagi memastikan rekod ‘treble’ - tiga trofi dalam satu musim, kejuaran Eropah, liga dan Piala FA - kekal menjadi milik mereka.


Kejayaan ke atas seteru ketat, Manchester City, dalam perlawanan akhir Piala FA malam ini (10 malam waktu Singapura) di Wembley akan dapat memastikan perkara tersebut.

Namun, dengan persembahan City yang memuncak dalam minggu-minggu terakhir musim ini - sekali gus melihat mereka mengatasi kekurangan lapan mata untuk merebut kejuaraan liga daripada Arsenal - misi United tampak mustahil.

“Tiada yang akan lebih menggembirakan Manchester United daripada kemenangan di Wembley dan menidakkan peluang City untuk memenangi ‘treble’,” akur bekas pemain United dan City, Owen Hargreaves.

“Namun, saya tidak rasa ia akan berlaku,” tambah beliau.

Rasa kurang yakin Hargreaves itu turut dikongsi legenda United, Gary Neville, yang berpendapat, pengurus City, Pep Guardiola, telah membangunkan pasukan bergelar ‘Citizens’ itu sebagai sebuah mesin.

“Keupayaan mereka, corak permainan mereka, dan kesefahaman mereka sebagai sebuah pasukan, hampir tidak menyerupai keupayaan manusia biasa.

“United saya yakin akan memberikan segala-galanya. Akan bersaing dengan lebih baik berbanding kekalahan teruk di Etihad awal tahun ini.

“Tapi saya rasa, pada akhir 90 minit, usaha mereka tidak akan mencukupi,” kata Neville.

Guardiola bagaimanapun enggan pemainnya terlalu terbawa-bawa dengan arus keyakinan yang melanda City sekarang ini - dek kejayaan menakjubkan mereka merampas kejuaraan liga dari genggaman Arsenal, dan mengalahkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

“Man United sudah kembali...saya beritahu anda pada awal musim bahawa di bawah pengurus baru mereka, anda akan melihat United kembali. Dan sekarang terbukti sudah,” kata Guardiola.

“Kami harus menghormati kehebatan mereka. Kehebatan mereka sekarang dan kehebatan sejarah mereka. City mahu mempunyai sejarah seperti United, justeru itu perlawanan di Wembley amat-amat penting,” kata beliau lagi.

Mengulas pula dalam wawancara dengan MUTV, pengurus United, Erik ten Hag, menekankan pasukannya adalah ‘underdog’ melangkah ke perlawanan akhir ini.

“Namun, ia tidak bermakna kami gentar,” tegas beliau.

“Kami tahu hadiah ini penting bagi mereka...bagi mereka membentuk sejarah kelab mereka. Jadi tekanannya adalah bagi mereka. Bagi United, kami harus bermain pada tahap yang kami mampui dan menikmati peluang bermain di Wembley,” ujar ten Hag.

Meskipun ten Hag kelihatan agak tenang dalam wawancara itu, Hargreaves berkata kemenangan Piala FA juga begitu penting untuk United.

“Ia adalah satu suntikan menakjubkan bagi mereka dalam perjalanan ten Hag membangunkan pasukan United yang baru.

“Bayangkan mengakhiri musim, dan memulakan musim depan sebagai juara berganda (Piala FA dan Piala Liga) berbanding memulakan musim dengan beban kekalahan di Wembley.

“Ia akan memberikan seluruh kelab ini satu kesungguhan dan semangat baru dalam proses pembangunan semula ini,” ujarnya.

Justeru, pengamat bola sepak dan bekas kapten Aston Villa, Andy Townsend pula berpendapat bahawa perlawanan di Wembley nanti akan berkesudahan dengan jaringan yang kecil.

“Malah, saya tidak akan terkejut sekiranya perlawanan diputuskan menerusi tendangan penalti,” ujarnya.

Menurut beliau, ten Hag telah membangunkan semacam satu kubu kukuh pertahanannya lebih-lebih lagi di Old Trafford, dan beliau yakin mesej utamanya kepada para pemain ialah untuk tidak leka dalam strategi pertahanan mereka.

“City akan menyakiti anda sekiranya anda bermain secara terlalu terbuka.

“Hakikatnya, United belum mampu menyaingi City 100 peratus dalam setiap posisi. Jadi mereka harus bijak, berdisiplin mengekalkan kedudukan pada 0-0, dan cuba menyakiti City menerusi serangan balas,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengulas bola sepak BBC, Gary Lineker, menekankan strategi menyerap serangan City 100 peratus adalah strategi yang pasti akan berakhir dengan kegagalan.

“Anda tidak boleh membiarkan City menguasai sepenuhnya perlawanan. Anda perlu memastikan full-back mereka juga perlu prihatin untuk bertahan, midfield mereka tidak terlalu bebas mengawal rentak permainan.

“Ia sukar, tapi ten Hag perlu mencari kunci kepada menggangu rentak City. Jika tidak, ia mungkin membinasakan United,” ujarnya.

Meskipun para pengamat secara umumnya menjangkakan kemenangan City, ten Hag berkata ia tidak menjejas beliau dan pemainnya.

“Seperti saya katakan, kami sudah berjuang hebat untuk memasuki final. Ini peluangnya untuk pemain menunjukkan kebolehan mereka dan pembangunan kami sebagai sebuah pasukan. Misi di depan kami mencabar, tapi kami sudah bersedia.

“Kami tidak sabar,” ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >