Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Everton bukan lawan Liverpool tapi derbi Merseyside apa saja boleh terjadi

Apr 24, 2022 | 07:04 AM



LONDON: Kededua Liverpool dan Everton serupa kerana masing-masing tidak perlukan motivasi tambahan untuk menewaskan satu sama lain tetapi persamaan antara kededua kelab itu pada malam ini, terhad kepada motivasi tersebut dan sejarah semata-mata.



Jurang 45 mata dan 15 tempat di liga yang kini wujud antara Liverpool dengan Everton boleh diperluas selepas malam ini, dengan Liverpool terdesak memenangi semua baki perlawanan untuk meneruskan harapan memenangi empat trofi musim ini.



Liverpool, yang setakat ini telah memenangi Piala Carabao dan melayakkan diri ke final Piala FA bulan depan, perlu semua tiga mata semasa menentang Everton untuk terus memburu Manchester City di puncak liga.



Secara kebetulan, jika Liverpool menewaskan Villarreal di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti, lawan yang menanti mereka mungkin muncul dalam bentuk Pep Guardiola dan anak didiknya.



Everton pula, hanya tiga mata di atas zon bahaya - di atas Burnley, Watford dan Norwich City - terdesak untuk menang.



Jika berjaya, tiga mata yang bakal dikutip bukan sahaja menjarakkan kedudukannya dengan tiga kelab di bawah liga itu, malah Everton dan penyokongnya akan yakin telah memporak-perandakan peluang Liverpool untuk terus bersaing dengan City bagi kejuaraan liga.



Sekurang-kurangnya, pengurus Liverpool Juergen Klopp bersikap realistik apabila ditanya wartawan mengenai peluang pasukannya memenangi semua perlawanan liga, termasuk dengan Everton pada malam ini.



"Sebelum perlawanan dengan Everton ini, kami bertemu City dua kali (dalam EPL dan Piala FA). Menyusuli itu, kami bertemu Manchester United.



"Selepas perlawanan dengan Everton ini, kami akan bertarung dengan Villarreal pula, yang kami jangka agresif. Selepas itu menanti Newcastle pula dan selepas itu pasukan yang lain pula," kata Klopp.



"Sukar membuat andaian kami akan memenangi semua perlawanan ini.



"Tapi saya saya tidak fikirkan itu semua... dan sejujurnya, saya akan memberitahu pasukan supaya bermain bermati-matian, dalam satu perlawanan, cuba pulih sebaik-baiknya bagi perlawanan selanjutnya dan ulangi proses ini," kata beliau lagi.



Bagi pengurus Everton, Frank Lampard pula, pasukanya perlu berpaling pada sejarah dan bangkit supaya tidak 'memberikan' kemenangan mudah kepada Liverpool dalam perlawanan ini.



Beliau, yang di awal musim berkata beliau menjangka Liverpool akan bersaing bagi kejuaraan liga, pastinya tidak mahu pasukannya sekali lagi dibelasah oleh Liverpool musim ini.



Dalam perlawanan liga pertama pada Disember lalu, Everton tewas 1-4 di Goodison Park, dengan Mohamed Salah, Diogo Jota dan Jordan Henderson menjaringkan gol.



Gol sagu hati Everton dijaringkan oleh Demarai Gray.



Permainan minda dengan seteru dan pemainnya sendiri juga telah bermula.



Selepas Everton dibelasah 0-4 oleh Crystal Palace di suku akhir Piala FA, Lampard menyelar pemainnya sendiri, dan berkata ada budaya kurang sihat di Everton yang akan makan masa untuk ditiadakan.



Kekalahan itu juga bermakna Lampard menjadi pengurus ketiga untuk tewas dalam empat perlawanan pertama bersama Everton di tempat lawan; dan pengurus pertama 'meraih' pencapaian itu sejak 1956.



"Kami perlu bangkit... dan kami perlu lakukan sedemikian dengan cepat. Jika tidak, kami perlu terima padahnya," ujar beliau, mudah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >