Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Masa kian terhad bagi Solskjaer

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hampir 15 minit sebelum wisel penamat ditiup pengadil di Old Trafford hujung minggu lalu, sebahagian penyokong dilihat mengorak langkah berjalan ke arah pintu keluar.



Di wisel penamat, ruang kosong di stadium bergelar 'Theater of Dreams' itu boleh dilihat di beberapa bahagian tempat duduk penyokong tuan rumah.



Keputusan seri 1-1 antara Manchester United dengan Everton itu mungkin terlalu awal dalam musim untuk menjejas peluang United dan Ole Gunnar Solskjaer bersaing bagi kejuaraan Liga Perdana England atau meraih tempat Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Namun ia tetap mencetus keprihatinan kerana ia menambah bukti bahawa barisan serangan United walaupun kini diperkukuh dengan kehadiran wira silam bernama Cristiano Ronaldo masih 'segan' menang.



Keputusan seri dengan Everton itu bermakna United hanya memenangi dua daripada enam perlawanan terakhir, meskipun bertarung dengan pasukan yang dianggap lebih kerdil dan pada era Sir Alex Ferguson satu ketika dulu, dianggap sebagai tiga mata dalam tangan.



Dalam musim di mana kejuaraan liga dijangka disaingi sengit - hanya dua mata kini memisahkan enam kelab teratas - setiap mata yang dikutip atau gugur adalah penting dan Solskjaer tahu ia tidak mampu mencicir lebih banyak mata kepada kelab yang dianggap lebih lemah atau bukan pesaingnya bagi kejuaraan liga.



Selepas tempoh perlawanan antarabangsa ini, United akan menyambung semula kempen Liga Perdana England (EPL) di Stadium King Power, di mana Leicester dan Jamie Vardy menanti.



Jika United terus beraksi di bawah potensi seperti yang ditunjukkannya dalam tujuh perlawanan liga setakat ini, ada kemungkinan ia akan tercicir ke tangga lebih rendah dalam liga dan terkeluar dari persaingan bagi kejuaraan.



Selepas perlawanan dengan Everton, Solskjaer terpaksa menjawab soalan bertubi-tubi mengenai keputusannya untuk tidak menurunkan Ronaldo dari mula.



Kata beliau Ronaldo bukan pemain muda dan beliau terpaksa menguruskan masa pemain itu beraksi di padang supaya beliau berada dalam keadaan optimum bagi perlawanan yang genting.



Keadaan itu amat berbeza dibandingkan dengan situasi menyusuli kemenangan ke atas Newcastle pada September lalu, apabila kehadiran Ronaldo dan gol yang dijaringkannya mencetus sorakan dan harapan besar dari penyokong setia United.



Penyokong paling setia United akan berkata Solskjaer harus diberi lebih banyak masa untuk membina pasukannya sendiri dan dengan bantuan Ronaldo, beliau akan berjaya berbuat demikian tidak lama lagi.



Namun, ada yang kini kurang sabar dan berkata United tidak seharusnya beraksi di bawah jangkaan dan Solskjaer - selepas membelanjakan wang yang lumayan - tidak boleh diberikan lebih banyak masa untuk membuktikan keupayaan beliau dan skuadnya.



Jadual yang menanti United selepas tempoh perlawanan antarabangsa ini pula mencabar.



Selepas perlawanan dengan Leicester pada hujung minggu depan, United bertandang ke London untuk bertemu Tottenham Hotspur, sebelum menanti kunjungan dari Liverpool dan Manchester City pada dua minggu berturut-turut selepas itu.



Menyusuli itu, Solskjaer dan anak didiknya akan bertandang pula ke Stamford Bridge untuk bertemu pendahulu liga Chelsea.



Justeru, tempoh dua tiga minggu akan datang ini boleh menjadi pencetus jalan untuk terus mendaki ke puncak liga atau memulakan proses keciciran yang mungkin tiada jalan pulih.



CABARAN BAGI UNITED



Dalam perlawanan dengan Everton, United menguasai permainan bagi beberapa kelompok masa dalam perlawanan, tetapi gagal berbuat demikian secara konsisten sepanjang perlawanan - suatu yang diperlukan untuk menewaskan pasukan Rafa Benitez itu.



Malangnya, adegan itu kini menjadi satu kebiasaan bagi United, yang boleh merintis peluang baik, tetapi yang disesiakan dan selepas itu gagal mengekalkan tekanan ke atas pasukan lawan.



Tidak hairan, selepas perlawanan itu, Bruno Fernandes berkata:



"Kami seharusnya memenangi perlawanan ini. Kami seharusnya mencipta lebih banyak peluang gol.



"Sebaliknya kami tidak boleh melepaskan gol mudah. Namun ini bukan pertama kali kami membuat kesilapan itu dan kami perlu meneliti semula apa yang bolah diperbaiki."



Pada 2013, akaun rasmi United di Twitter menerbitkan pos yang berkata: :



"Dovid Moyes berkata #mufc harus memperbaiki keupayaan dalam pelbagai bahagian, termasuk membuat hantaran, mencipta peluang gol dan bertahan."



Isu-isu yang ditonjolkan oleh pos itu, yang mungkin disalah terbit, masih relevan dan membelenggu United pada masa ini.



Namun, sebenarnya, cara United membuat hantaran bukan satu keprihatinan utama berbanding peluang yang dirintis pemain-pemainnya dan cara ia bertahan.



Dalam perlawanan dengan Everton itu, United terkial-kial mencipta sebarang peluang gol, dengan Jordan Pickford hanya perlu menyelamatkan bola dengan kemas dari tandukan Edinson Cavani sedang perlawanan terikat 0-0.



Ini selepas United gagal menjaringkan gol - walaupun mencipta 78 percubaan gol - dalam kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan - kepada West Ham dan Aston Villa, yang menunjukkan Ronaldo tidak seharusnya diharap atau dijangka untuk menyelamatkan pasukan setiap kali ia terkial-kial mencari gol.



PERTAHANAN RAPUH



Solskjaer juga perlu mengatasi cabaran pertahanan yang kian rapuh, dengan Harry Maguire kini cedera dan dijangka tidak boleh beraksi. Namun, apabila Maguire beraksi juga, United masih membocor gol.



Pasukan Solskjaer kini telah mencipta rekod sebagai antara pasukan United yang paling mudah dibolosi gol.



Kali terakhir David De Gea berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi adalah pada Mac lalu, dalam perlawanan dengan West Ham.



United juga kelihatan begitu terdedah apabila bertahan dalam keadaan 'set-piece'.



Solskjaer, baru-baru ini akur itu adalah kelemahan pasukannya.



"Kami boleh memperbaiki pasukan dalam keadaan sedemikian dan itulah tugas kami," ujar beliau.



Buat masa ini, Solskjaer masih menikmati sokongan penyokong di Old Trafford - yang kebanyakannya masih menghargai sumbangan beliau sebagai 'supersub' dalam pasukan Ferguson yang membantu United memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 1999.



Namun, jika United terus mencicir mata, jika United terus gagal mengghairahkan penonton, hanya penyokong paling setia akan tetap berdiri teguh dan mengekalkan sokongan bagi beliau. - Agensi berita.




JADUAL PENENTU



Jadual perlawanan Man U hingga akhir November



Leicester lwn Man United
Man United lwn Liverpool

Tottenham Hotspur lwn Man United
Man United lwn Man City

Watford lwn Man United

Chelsea lwn Man United




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >