LONDON: Ribuan peminat Leicester City, termasuk di Thailand dan Jepun, berpesta semalaman di jalan raya selepas kelab itu memenagi Liga Perdana England (EPL) semalam.
Impian Leicester, kelab kerdil yang hampir tercicir daripada liga musim lalu - menjadi realiti di luar jangkaannya sendiri, selepas Tottenham Hotspur diikat 2-2 di Chelsea, melengkapkan antara pencapaian sukan terhebat dalam sejarah.