Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU - MAN UTD LWN ARSENAL

Pertemuan Red Devils, Gunners dijangka sengit

Sep 04, 2022 | 06:52 AM



LONDON: Selepas permulaan yang mengejutkan ekoran kekalahan 0-2 dan 0-4 di tangan Brighton dan Brentford dalam dua perlawanan pertamanya, Manchester United tampak telah berjaya mengatasi kekecewaan tersebut dengan tiga kemenangan berturut-turut.



Namun, sedang kem United kini diselubungi keyakinan, lawan mereka malam ini (11.30 malam waktu Singapura), Arsenal, juga tidak kurang yakin.



Malah, Arsenal kini duduk bangga di persada liga dengan satu-satunya pasukan dengan rekod sempurna 100 peratus setelah menang kesemua lima perlawanan.



Sekiranya penyokong United bimbang sekiranya pasukan kesayangan mereka itu memerlukan masa yang panjang untuk kembali ke zaman kegemilangan, mereka hanya perlu melihat nasib pasukan Gunners.



Musim lalu, pasukan pimpinan Mikel Arteta itu terpaksa mengharungi permulaan yang sukar.



Namun, mereka kekal meyakini pengurus dan proses yang cuba diperkenalkan beliau. Kini, Arsenal mula melihat hasil kesetiaan mereka kepada Arteta.



Legenda Arsenal, Thierry Henry, berkata:



"Saya ketawa bila ada yang mengatakan United memerlukan lima, 10 tahun untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka.



"Lihat saja Arsenal, mereka mencerminkan apa yang boleh anda capai dalam jangka masa pendek sekiranya anda mempunyai pengurus yang sesuai, meyakinkan dan memberinya kepercayaan serta meyakini proses yang sedang dijalankan."



Henry, yang menjaringkan 228 gol dalam 377 penampilan untuk Arsenal menambah:



"Manchester United mempunyai sumber yang lebih luas dari Arsenal. Saya rasa mereka memerlukan kestabilan dan jika itu dapat dicapai, mereka boleh benar-benar mencabar untuk kejuaraan musim depan."



Sumber yang Henry maksudkan itu antaranya ialah kewangan kelab Red Devils itu yang mantap.



Musim ini, United telah berbelanja lebih £200 juta ($324 juta), untuk mendapatkan enam muka baru - Tyrell Malacia, Christian Eriksen, Lisandro Martinez, Casemiro dan Antony.



Antony, yang dibeli dengan harga pemindahan £84 juta dari Ajax Amsterdam, dijangka membuat penampilan pertamanya dalam perlawaan di Old Trafford malam ini.



"Saya tidak sabar melihat beliau beraksi," kata bekas pemain United, Paul Scholes.



"Antony ialah pemain yang dikenali ten Hag (pengurus United, Erik ten Hag) dan merupakan pemain yang kreatif, mampu merintis peluang jaringan selain menjaringkan gol.



"Tapi lebih penting lagi, beliau juga jenis pemain yang akan berjuang berhabis-habisan untuk pasukannya. Ini ciri-ciri yang disukai ten Hag," tambah Scholes.



ten Hag sementara itu menekankan, Arsenal mempersembahkan cabaran besar bagi anak buahnya.



Meskipun beliau gembira dengan keputusan tiga perlawanan lalu, namun pengurus asal Belanda itu menekankan masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki.



"Setelah dua kekalahan, kami beri fokus kepada pertahanan, organisasi dan bermain dengan kompak yang baik. Itu sudah dapat dicapai namun kami juga perlu melihat kepada corak permainan di barisan serangan.



"Kami harus lebih tajam, memanfaatkan ruang antara barisan 'midfield' dan pertahanan lawan untuk menjaringkan gol," tegasnya, merujuk kepada dua perlawanan lalu di mana United menang tipis 1-0 ke atas Southampton dan Leicester City,



Arteta sementara itu menekankan, saingan sengit yang mereka hadapi dalam kemenangan tipis 2-1 ke atas Aston Villa menunjukkan bahawa Arsenal tidak mampu mengambil sikap mudah.



"Kami tidak boleh terlalu terbawa-bawa oleh rekod 100 peratus kami sejauh ini kerana sikap sedemikian pasti akan membawa padah.



"Pemain sedar mereka perlu terus dengan etika kerja keras dan bermain untuk satu sama lain sekiranya mereka mahu terus menikmati kejayaan musim ini," ujarnya.



Pengamat bola sepak dan bekas pemain serta pengurus Liverpool, Graeme Souness, berkata Arsenal merupakan antara kejutan musim ini sejauh ini.



Menurut beliau, corak permainan Gunners itu amat menarik, menunjukkan kesepaduan pasukan yang baik.



"United walau mereka telah bertindak cemerlang mengatasi kesukaran awal musim, belum menunjukkan kesepaduan yang dipamerkan Arsenal ini.



"Justeru itulah, saya merasakan Arteta mempunyai kelebihan ke atas ten Hag dalam perlawanan ini," ujarnya.



Bekas pemain United, Rio Ferdinand, pula tidak bersetuju.



Menurutnya, kemenangan menentang Southampton dan Leicester City adalah di padang lawan dan dalam keadaan sekarang United perlu bermain dengan corak tertentu untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan-perlawanan di padang lawan sedemikian.



"Namun, Ahad ini perlawanan di Old Trafford saya rasa berlainan. United akan lebih menyerang, meletakkan Arsenal di bawah tekanan.



"Casemiro menunjukkan keupayaannya dalam 30 minit perlawanan menentang Leicester City, dan saya yakin beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama nanti.



"Antony juga mungkin diturunkan, memberikan United ketajaman di barisan serangan yang mereka perlukan," ujarnya. - Agensi berita.




"Setelah dua kekalahan, kami beri fokus kepada pertahanan, organisasi dan bermain dengan kompak yang baik.

Itu sudah dapat dicapai namun kami juga perlu melihat kepada corak permainan di barisan serangan.

Kami harus lebih tajam, memanfaatkan ruang antara barisan 'midfield' dan pertahanan lawan untuk menjaringkan gol."

- Pengurus United, Erik ten Hag.




"Kami tidak boleh terlalu terbawa-bawa oleh rekod 100 peratus kami sejauh ini kerana sikap sedemikian pasti akan membawa padah.

Pemain sedar mereka perlu terus dengan etika kerja keras dan bermain untuk satu sama lain sekiranya mereka mahu terus menikmati kejayaan musim ini.''

- Pengurus Arsenal, Mikel Arteta.




                  Man U   Arsenal

  Menang        3      5

  Kalah            2      0 

  Seri               0      0       

  Mata             9      15 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >